PILU Dayah Bakar Tak Percaya Dah Bersalin, 8 Bulan Tak Jumpa Suami “Cuma Video Call”

PILU Dayah Bakar Tak Percaya Dah Bersalin, 8 Bulan Tak Jumpa Suami “Cuma Video Call” | Menjadi bukti wanita perkasa dan tabah, demikianlah kata-kata yang paling tepat untuk menggambarkan ‘perjuangan’ pengacara terkenal bernama Dayah Bakar. Dari awal kandungan sehingga proses kelahiran puteranya, sudah hampir 8 bulan dia tidak berjumpa dengan suami tersayang, Kapten Hanif Hamidi. Berangkat ke Australia pada Januari lalu atas panggilan bertugas, ternyata ia merupakan perpisahan panjang yang membuatkan mereka berdua terus kuat menahan rindu hidup berjauhan.

Rasa macam tak percaya little baby ni dah keluar

Semalam di Instagram, Dayah juga berkongsikan berita gembira apabila dia selamat melahirkan cahaya mata pertama sekitar jam 2.23 petang. Menyifatkan moment tersebut tak ubah seperti sebuah mimpi, wanita anggun ini meluahkan rasa syukur kerana proses bersalinnya berjalan lancar berkat iringan doa daripada ramai orang.

Ujian Allah memisahkan saya & suami sekian lama

Menjengah ke sebuah posting daripada Instagram rasmi @abpbh_32, Dayah dikatakan sempat membuat sesi video call dengan Kapten Hanif yang masih berada di Australia. Tidak dapat pulang untuk menemani isterinya akibat penularan COVID-19 secara global, namun lelaki itu sempat memberikan sokongan dan berinteraksi beberapa jam sebelum Dayah bersalin. Melalui Harian Metro, pengacara ini tetap percaya bahawa detik berjauhan dengan suami akan dibalas dengan kemanisan ganjaran Allah kelak.

Sumber : Instagram Dayah Bakar, Portal Berita Harian, Instagram abpbh32

Ceramah ustaz azhar idrus <—– Mohon join telegram Group ini.. dicipta khas untuk kita semua berkongsi ilmu..semoga bermanfaat untuk kita semua

Sibuk ungkit keburukan masing-masing