PILU Persiapan Hampir 90 Dan Majlis Tingg4l 2 Bulan, G4dis Red4 Bak4l Su4mi Aj4l

PILU Persiapan Hampir 90 Dan Majlis Tingg4l 2 Bulan, G4dis Red4 Bak4l Su4mi Aj4l | Menghitung hari untuk bergelar suami isteri merupakan moment yang paling dinanti-nantikan oleh bakal mempelai. Namun begitu, soal jodoh dan ajal semuanya bukan dalam jangkauan kita sebagai manusia. Siapa sangka, hasrat seorang wanita untuk menaiki pelamin bersama bakal suami tidak kesampaian kerana lelaki berkenaan terlebih dahulu dijemput Ilahi.

Bakal suami terlibat dalam nahas jalan raya hingga meragut nyawa..

Kisah sebak itu mula dikongsi oleh gadis bernama Fareesa Ismail menerusi Facebooknya dan nyata meruntun jiwa ramai. Menurut gadis dari Kelantan ini, bakal suaminya iaitu Hishamudin Abdullah terbabit dalam tragedi menyayat hati sehingga meragut nyawa sekitar beberapa hari lalu. Kongsinya, dia dan lelaki berkenaan yang juga merupakan pegawai JPJ sempat mengikat tali pertunangan hanya dalam tempoh singkat.

 

90% persiapan majlis hampir siap & 2 bulan je lagi kita nak hidup bersama..

Lebih menghibakan lagi apabila hampir 90 peratus persiapan sudah dibuat demi kesempurnaan majlis bahagia yang hanya tinggal kurang lebih 2 bulan. Meskipun bersedih dengan dengan pemergian mengejutkan itu, namun dia tetap akur dan bersyukur di atas perkenalan singkat mereka walaupun belum sempat diijab kabulkan. Malah sepanjang perkenalan itu, Fareesa turut menyifatkan Allahyarham tunangnya seorang yang baik dan sentiasa ada bersama sewaktu susah mahupun senang.

Sumber : Facebook Fareesa Ismail, Bhg Penguatkuasa Jpj HQ

Nak lagi Cerita Menarik? Subscriber Telegram Min ===> Media Portal