Pilu..“T4k Semp4t Bersanding”- Pengantin Lemas Ketika Ingin Menyelamatk4n B4ju Pengantin.

Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan banyak kawasan perumahan dan kampung di Sepang dilanda banjir kilat. Terkini, air Sungai Langat melimpah ke kawasan perumahan penduduk.

Tular di media sosial apabila orang ramai menjumpai mayat seorang lelaki di sungai labu dipercayai penduduk kampung baharu lanjut,Sepang.

Mangsa yang dikenalpasti sebagai Muhammad Syafiq dikhuatiri lema$ ketika air semakin menaik dan deras di Sungai Labu pada 18 Disember lepas.

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, salah seorang ahli keluarga mangsa telah meminta orang ramai mendoakan agar mangsa ditemui dan perkara tersebut dimuat naik oleh pereka fesyen terkenal Malaysia selepas individu tersebut menghantar mesej di Instagram.

Dalam mesej berkenaan, individu tersebut memaklumkan yang mangsa (Muhammad Syafiq) merupakan anak buahnya. Dia sepatutnya bersanding pada hari ini (semalam) namun majlis berkenaan tidak dapat dilakukan kerana mangsa lema$ ketika ingin menyelamatkan baju pengantinnya.

Ketika dia sampai ke lokasi persandingan, dia telah didatangi makcik kepada mangsa dengan memberitahu yang pengantin lelaki lema$.

Lelaki tersebut telah melangsungkan perkahwinan pada 12 Disember 2021 sebelum dihuatiri lema$ pada 18 Disember 2021 iaitu sehari sebelum dia melangsungkan persandingan.

Kredit: maelzbundle

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini