PlLU, Bertembung Lori Angkara Asap Bakar Jerami, Bapa Luluh Tangisi Pemergian Anak

SAYU Bertembung Lori Angkara Asap Bakar Jerami, Bapa Luluh Tangisi Pemergian Anak | Gara-gara asap tebal daripada pembakaran jerami padi, sebuah keluarga telah terlibat nahas di Jalan Kampung Parit Haji Taib 2, Bagan Serai petang semalam hingga meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun. Menurut Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki bersama isteri serta 2 anak mereka termasuklah seorang bayi telah bertembung dengan belakang lori 3 tan yang kebetulan berhenti di jalan tersebut.

Lori pun berhenti sebab asap tebal…anak sulung dijemput ajal, ahli keluarga lain alami kecederaan

Pemandu lori berkenaan difahamkan turut berhenti kerana asap tebal tersebut. Malah ada sebuah lori lain juga berhenti di hadapannya pada waktu itu. Sebelum kejadian, kanak-kanak tersebut difahamkan duduk di raga hadapan motosikal, manakala adik serta ibunya menjadi pembonceng di bahagian belakang. Kesemua ahli keluarga berkenaan telah mengalami kecederaan dan terus dibawa ke pusat perubatan terdekat bagi tujuan rawatan manakala jasad si cilik malang itu sedang disiasat lanjut.

Luluhnya hati tengok jasad anak terbujur kaku macam tu…kena hati-hati & jangan bawa laju

Susulan insiden itu, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga berkenaan. Dalam pada itu, mereka turut memberi peringatan agar lebih berhati-hati jika melalui jalan yang dipenuhi asap atau kabus.

Sumber: FB Info Roadblock JPJ/POLIS

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry