PlLU, Ibu Muda HamiI Aj4l Digilis Treler, Sempat Kirim Adik-Beradik Duit Belanja

Sayu Seorang Ibu Muda Hamil Aj4l Digilis Treler, Sempat Kirim Adik-Beradik Duit Belanja | Hampir setiap hari ada sahaja berita mengenai nahas jalan raya yang mengorbankan ramai rakyat Malaysia. Sebelum ini, kita semua telah dikejutkan dengan insiden yang menyayat hati melibatkan pemergian seorang murid sekolah yang terperosok di bawah lori di Melaka. Kejadian itu berlaku pada hari pertama sekolah dibuka sejak PKP dikuatkuasakan.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Wanita hamil 7 bulan terkorban, kerana cedera teruk di bahagian kepala…

Semalam, satu lagi nahas berlaku di Kepala Batas Pulau Pinang yang membabitkan seorang wanita berusia 19 tahun yang sarat mengandung 7 bulan. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Nur Amirah Izzati Ahmad Rohaizat dikatakan tidak mematuhi arahan lampu isyarat ketika menunggang motosikal bersendirian sebelum terkena sebuah kereta pacuan empat roda. Akibat kejadian itu dia tercampak ke tengah jalan raya sebelum digilis sebuah treler. Dia gagal diselamatkan kerana cedera teruk pada kepala.

Sebelum terbabit dalam nahas…Izzati sempat kirim duit belanja yang terakhir untuk adik-beradik

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagi Sue Anna ada memuat naik status di Facebook miliknya menyatakan ibu muda tersebut sempat melakukan tanggungjawab terakhir dengan memberikan wang saku kepada adik-beradiknya sebelum terbabit dalam nahas. Dia turut mendoakan agar roh Allayarhammah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Portal Sinar Harian , Facebook Sue Anna Stokis Jsd

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry