Punca Sebenar Zizan GagaI Kawal Diri Dengar Doa Peminat Cilik Hidap Paru Paru Rosak

Zizan Gagal Kawal Diri Dengar Doa Peminat Cilik Hidap Paru Paru Rosak | Berperangai ‘gila-gila’ dan suka buat orang di sekelilingnya pecah perut ketawa, itulah gelagat Zizan Razak yang selalu dikenali oleh masyarakat Malaysia. Walaupun sibuk dengan karier seninya, siapa sangka pelakon filem ‘KL Gangster’ ini rajin menyantuni peminat termasuklah yang sedang berjuang nyawa melawan masalah kesihatan kronik.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Lawat peminat cilik setia…kurang oksigen di jantung

Baru-baru ini, selebriti berusia 36 tahun tersebut telah berkesempatan menziarahi salah seorang peminat setianya yang di sebuah pusat perubatan di Port Dickson. Adik Puteri Nur Zulaikha difahamkan menghidap komplikasi pada bahagian paru-paru yang menyebabkan jantungnya kurang dapat oksigen, sekali gus perlu ‘ditemani’ oleh sebuah alat pernafasan. Menerusi entri di Instagram miliknya, Zizan Razak akui terharu dapat menunaikan hajat tersebut serta dihadiahkan beberapa potret yang dilukis sendiri oleh si cilik berkenaan.

Zizan gagal tahan sebak…ini adalah permintaan Puteri sementara masih hidup

Menurut bapa Puteri, detik ini mrupakan antara permintaannya sementara masih bernyawa lagi. Malah Zizan juga dilihat gagal untuk tahan sebak tatkala mendengar doa yang dibacakan oleh kanak-kanak berusia 10 tahun tersebut dengan nada yang cukup sayu. Antara hajat yang sempat dinyatakan olehnya adalah supaya dipanjangkan umur, diberi nikmat kesihatan, ada duit (harta) banyak serta kekuatan untuk bekerja (bergerak) seperti biasa.

Berjurai air mata tengok…dia jauh lebih kuat dari kita yang sihat

Menjengah ke ruang komen, Zizan telah mendapat banyak pujian daripada peminat gara-gara sudi berjumpa dengannya. Rata-rata netizen malah turut mendoakan supaya adik Puteri lekas sembuh daripada ‘ujian’ tersebut.

Sumber: IG zizanrazak869 & officialhlive

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry