Ramai Yang Terpikat Bila Teng0k Cara Ustaz Wadi Annuar Layan Budak, Ada Yang Suruh Doakan Ustaz Jodoh Dia

Rasulullah SAW adalah seorang insan yang sangat menyantuni kanak-kanak. Kita haruslah mencontohi akhlak baginda dengan menunjukkan akhlak yang baik ketika berhadapan dengan golongan ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna akaun TikTok queennazz ada berkongsi sebuah video ketika Majlis resepsi Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dan Heliza Helmi.

Terdahulu, Ustaz Wadi Annuar mencuri tumpuan susulan menyampaikan tazkirah di majlis resepsi perkahwinan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dan Heliza Helmi.

Pendakwah bebas berusia 39 tahun itu sekali lagi jadi bualan ramai kerana menyantuni seorang kanak-kanak lelaki.

Difahamkan, semasa sedang berceramah, tiba-tiba datang seorang budak lelaki sambil membawa telefon bimbit dan menunjukkan kepada Ustaz selebriti itu.

Rupa-rupanya kanak-kanak itu menyuruh Ustaz Wadi merendahkan volume suara telefonnya. Apa yang menariknya, Ustaz Wadi segera mangikuti permintaannya sebelum kembali berceramah.

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut turut berasa kagum dengan cara layanan Ustaz Wadi terhadap kanak-kanak. Ada yang sempat berseloroh supaya mendoakan jodoh buat dirinya dan Ustaz selebriti itu.

Budak tersebut dipercayai anak jiran Ustaz Wadi

Video bersama kakan-kanak ini sering dimuat naik di Laman TikTok Ustaz Wadi. Nampak macam rapat bonding anatara mereka.

VIDEO:

Video Klik Disini

Komen Netizen:

“Doakan ustaz jodoh aku.”

“Suka betul dengar orang kedah punya cakap . Harap jodoh orang kedah lah hahahahaha…”

Siapa Ustaz Wadi Annuar (UWA)? Empunya nama sebenar Mohamad Wadi Annuar Ayub yang memiliki lebih 390,000 pengikut di laman Instagram (IG), ustazwadiannuar_official ini adalah seorang penceramah agama dan pendakwah bebas di Malaysia.

Biodata
Nama penuh: Mohamad Wadi Annuar bin Ayub

Nama popular: Ustaz Wadi Annuar, Ustaz Wadi Anuar, UWA

Umur: 38 tahun (2021)

Asal: Negeri Kedah

Tarikh lahir: 20 September 1983

Pendidikan: Kelulusan Jurusan Syariah & Bahasa Arab, Institut Fatah Islami, Damsyik, Syiria
Kerjaya: Penceramah Agama, Pendakwah Bebas

Menetap di Sungai Petani, Kedah, pendakwah yang membina pengaruh kuat di platform media sosial Instagram dengan catatan lebih 390,000 pengikut menerusi nama akaun @ustazwadiannuar_official ini merupakan pengasas kepada institusi pendidikan dan kebajikan, Akademi Darul Iftak (ADI).

Namanya pernah tular di media rentetan kemalangan jalan raya yang menimpanya pada 3 Januari 2018 yang mengakibatkan dia berada dalam keadaan kritikal sebagai penumpang hadapan.

Rakan seperjuangannya, Mohd Murtadza yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina itu bagaimanapun meninggal dunia 10 hari kemudian, manakala rakan Murtadza, Muhd Hambali Zulkifli, serta bapa kepada Murtadza, Mohd Yussof Ahmad sebagai penumpang belakang, mengalami kecederaan ringan.

Latar Belakang Dan Pengalaman
1. Pernah menjadi pengetua Maahad Tahfiz Al-Annuar dari tahun 2016 hingga 2018.

2. Berkhidmat sebagai guru sekolah menengah di sekolah swasta dan sekolah agama bantuan kerajaan dari 2008 hingga 2015.

3. Pemegang tauliah mengajar di negeri Kedah.

4. Pernah dijemput sebagai panelis untuk rancangan Al-Kuliyyah yang bersiaran di saluran TV3.

5. Selebriti TV Al HIjrah rancangan Semusim Di Barzakh.

6. Penceramah di stesen radio IKIM FM.

7. Bergiat sebagai penceramah di masjid-masjid besar, antaranya Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Negeri Sultan Abdul Aziz Syah Alam, Masjid Al-Bukhari (Alor Setar, Kedah), Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah (Bukit Jelutong), Masjid Al-Falah Usj 9, Masjid At-Takwa (Bertam Indah, Pulau Pinang), Masjid Negeri Pahang (Sultan Ahmad Syah), Masjid Negeri Terengganu (Sultan Abidin), Masjid Sheikh Abdullah Fahim (Kepala Batas. Pulau Pinang) dan Masjid Khalid Al-Walid (Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementah).

8. Sukarelawan di Rumah Anak Yatim, Kg. Che Bema selama setahun pada 2013.

9. Sukarelawan Skuad Bantuan Banjir Besar Kuala Krai 2015.

10. Penyelaras Dana Sumbangan Fakir Miskin, Hari Raya Sungai Petani 2015-2016.

11. Penjawat posisi pengerusi bagi NGO Ikatan Ilmuwan Islam Kedah (Islami).

12. Terlibat dalam Jawatankuasa NGO Penawar Kedah.

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini