‘Rasa Bersalah Terlepas Pandang Jiran Susah, Mahu Bina Rumah Baru Buat Mak Cik Ini’

Berapa ramai di antara kita yang benar-benar mengambil berat tentang kesusahan hidup insan lain yang berada di sekeliling kita. Dan berapa ramai di antara kita yang selalu mendoakan saudara-saudara kita yang diuji dengan ben cana, kemiskinan, dan sebagainya.

Sedarkah kita, menyenangkan dan menggembirakan orang lain merupakan antara amalan yang paling disukai Allah. Berlumba-lumba lah kita membuat amal kebaikan walaupun tidak semestinya kita perlu kaya dahulu baru dapat membuat kebajikan, sumbangan dan sebagainya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook pagi ini, Azmeer menyatakan bahawa dia merasa serba salah selepas terlepas pandang nasib yang men!mpa jirannya, justeru dia berhasrat mahu membina sebuah rumah baharu buat seorang warga emas di kampungnya.

“InsyaAllah pagi ini saya akan cari rumah makcik ini. Dari semalam saya tidur tak lena kerana rasa berdosa. Rumah makcik ini ikut alamat hanya lima minit dari rumah saya. Tapi saya tak tahu jiran saya sendiri yang susah di kala saya tidur di rumah yang selesa,” Katanya dalam hantaran tersebut.

“Saya minta maaf makcik kerana lambat tahu. Saya utamakan jiran yang jauh dari saya tapi saya membiarkan makcik hidup dalam keadaan rumah macam ni,” itu ungkapan yang diucap oleh bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof apabila mengetahui bahawa ada jirannya yang hidup dalam kesusahan.

Dalam hantaran tersebut, Azmeer juga memberitahu bahawa dia mendapat tahu mengenai perkara ini semalam apabila menerima mesej daripada orang awam. Disebabkan rasa tanggungjawab, dia berhasrat mahu membina sebuah rumah baharu untuk mak cik ini dan turut membuka tabung sumbangan awam.

Bagi anda yang mahu menyumbang, sumbangan boleh disalurkan melalui nombor akaun 8604202446 (CIMB Bank) atas nama Pusat Pengajian Azmeer Yusof serta boleh menghubungi 011-5500 5525 melalui aplikasi WhatsApp.

Untuk rekod, Azmeer Yusof sebelum ini bermain sebagai pertahanan kiri untuk pasukan Kedah sebelum memilih untuk bersara dan fokus kepada perniagaan serta kerja kebaikan. – Sumber dipetik dari The v0cket, Facebook Azmeer Yusof

Sudah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Kongsi Halaman Media Porta< /a> l Ya.

Jom sertai group ni.. Khas untuk kami kongsikan resepi anda nanti.. InsyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Ingin Sertai –>
Klik Di Sini