Remaja 0KU Ditemui Menlngg4l Kerana T4k Mampu Urvs Diri, Selep4s Ayh D1kuarntin Akib4t C0vld

Seorang remaja OKU di China meninggal dunia selepas bapa serta abangnya dikuarantin kerana disyaki dijangkiti Covld-19.Mayat Yan Cheng, 16, telah ditemui dirumahnya pada Rabu, seminggu selepas bapa dan abangnya dikuarantin.

Menurut BBC, remaja lelaki tersebut hanya diberi makan dua kali sehari sejak virus maut yang telah membunuh ratusan nyawa di China itu tular.

Kisah Yan Cheng telah mendapat liputan luas dan menjadi tular di media sosial. Susulan daripada insiden tersebut, Setiausaha parti Komunis dan Datuk Bandar Huajiahe dilaporkan telah dilucutkan jawatan.

Seperti yang dilaporkan media tempatan, bapa kepada remaja tersebut telah memuat naik satu perkongsian di platform media sosial China iaitu Weibo untuk meminta pertolongan kepada orang ramai serta turut menjelaskan keadaan anaknya itu yang ditinggalkan sebatang kara tanpa makanan dan minuman.

Difahamkan, remaja tersebut menghidapi cerebral palsy dimana gejala ini biasanya timbul sebelum kanak-kanak itu berumur 2 tahun. Pesakit yang mengalami gejala ini biasanya akan mempunyai masalah untuk menelan dan bercakap serta masalah deria penglihatan dan pendengaran. Dalam sesetengah kes, pesakit akan menjadi lumpuh sepenuhnya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa siasatan akan dijalankan bagi menyiasat kematian remaja tersebut.

Sumber: BBC

Sanggup Menyamar Jadi Wanita Untuk Pikat Lelaki Kaya, Itulah Yang Dibuat Oleh lelaki N1geria Ini

DUBAI – Tiga lelaki dari Nigeria ditahan oleh pihak berkuasa lapangan terbang Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas percubaan mereka untuk memasuki negara itu sebagai wanita kecundang, lapor laman za.opera.news. semalam.

Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman Reddit, ketiga-tiga lelaki itu dilihat bukan sahaja memakai purdah, malah turut menyolek wajah mereka dengan bedak wanita bagi mengelirukan polis.

Menurut pihak pendakwa raya, mereka cuba memasuki Dubai sebagai wanita dengan misi memikat jutawan dan mengaut kekayaan untuk diri sendiri.

Paparan video menunjukkan ketiga-tiga lelaki itu dipaksa menanggalkan purdah dan menampakkan sebahagian wajah yang tidak disolek.

Pihak polis tidak mempunyai sebarang kes ke atas mereka kecuali perbuatan berpakaian sebagai wanita.

Tiada maklumat mengenai tindakan lanjut yang diambil ke atas ketiga-tiga lelaki itu, namun percubaan mereka ternyata belum pernah berlaku di negara Teluk itu. – Agensi

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini