“Rezek̷i An̷ak2” Hairul Azreen Sekeluarg̷a Na̷ik Superyacht Tan Seri Vincent Tan

Tular beberapa hari lalu, kisah mengenai keluarga pasangan selebriti yang bercuti menaiki helikopter. Merupakan percutian yang sangat mewah bagi kalangan orang biasa. Namun menjawab isu tersebut, Hairul dan Hanis Zalikha lebih mementingkan keselamatan anak-anak mereka, Yusuf dan Alisa. Bagi mengelakkan kesesakan dengan orang ramai, mereka berdua memilih untuk menaiki helikopter sebagai pengangkutan ke tempat penginapan mereka di Pulau Redang, Terengganu.

Hari ini, Hairul Azreen ada memuat naik sekeping video menunjukkan mereka sekeluarga terjumpa dengan salah seorang individu yang terkaya di Malaysia iaitu Tan Seri Vincent Tan ketika sedang menikmati angin di laut Pulau Redang. Video yang menunjukkan Tan Seri Vincent Tan masih fit dan sihat sedang berenang dari tempat yang agak jauh.

Selain itu, hairul turut memaklumkan, mereka sekeluarga mendapat jemputan untuk menaiki superyacht Tan Seri Vincent Tan. Dimana perancangan awalnya, mereka akan pulang ke KL lebih awal, namun ditunda kerana mendapat jemputan untuk menaiki Superyacht Tan Seri Vincent Tan.

Tan Sri Vincent Tan, merupakan seorang ahli perniagaan Malaysia. Beliau ialah pemilik Thera Sdn Bhd dan Pengerusi Berjaya Group.

Majalah Forbes menyenaraikan beliau dalam kelab bilionair Malaysia ke-9 dengan aset RM4.2 bilion.

Untung Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sekeluarga.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber: Instagram hairul Azreen Via motifviral