“Rugi Lah Baru Tahu…” W̷anita Kongsi Cara Mud̷ah G̷antung Telekung

Selain daripada video kelakar dan menarik, Tik Tok juga sudah menjadi platform untuk ramai berkongsikan tips dan petua menarik untuk memudahkan orang ramai. Sama macam tips yang dikongsikan oleh wanita ini yang berkongsikan cara mudah untuk menggantungkan telekung.

Walaupun bunyinya kedengaran biasa, namun rata-rata wanita khususnya tidak menyangka ianya boleh dilakukan semudah itu. Malah ramai juga yang berminat untuk mencubanya memandangkan ianya nampak mudah dan menyenangkan.

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu memberitahu dia mempunyai satu cara yang mudah untuk menggantungkan telekung. Mengikut caranya ini, kaum wanita tidak perlu bersusah payah menghabiskan masa yang lama untuk melakukannya.

Sebaik sahaja selesai menggunakannya, wanita itu hanya mengambil penyangkut pakaian dan memasukkannya ke dalam kain yang dipakai. Selepas itu, penyangkut itu digunakan pula untuk menyangkut bahagian telekung yang sedang dipakai pula.

Vide0: klik disini

Menariknya, cara ini lebih mudah kerana ianya dapat dilakukan semasa si pemakai masih lagi memakai telekung itu tanpa perlu mengeluarkannya terlebih dahulu. Bukan sahaja mudah, malah ianya juga menjimatkan masa terutamanya untuk mereka yang kesuntukan masa.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya kaum wanita turut kagum dengan idea yang dikongsikannya ini. Ada juga yang memberitahu mereka juga turut melakukan perkara yang sama setiap kali selesai menggunakan telekung di rumah ataupun di surau.

“Lahhh baru tau ni.”

“Tak pernah terfikir. Kalau rajin lipat-lipat sangkut…”

“Aku selalu buat dekat asrama sebab tak nak bagi kedut punya pasal.”

“Saya ingat saya sorang je buat macam tu.”

Kredit: keramatviral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini