Rupanya Kluster Kayangan Warga Asing Lagi Degil, Demand Hotel Mahal Tapi Malas Bayar

Rupanya Kluster Kayangan Warga Asing Lagi Degil, Demand Hotel Mahal Tapi Malas Bayar | Sebelum ini, tular di media sosial apabila segelintir rakyat tempatan yang harus dikuarantinkan bersikap seakan ‘diva‘. Ada sahaja tidak kena sehinggakan mereka mendapat gelaran ‘kluster kayangan’. Kali ini, muncul pula ‘episod 2’ kelompok tersebut yang kebanyakannya terdiri daripada warga asing pula.

Tak faham arahan dan timbulkan suasana tegang ketika mendaftar

Memetik laporan Harian Metro, seorang petugas barisan hadapan menyifatkan bahawa ‘kluster kayangan’ kali ini lebih degil sehingga menyusahkan frontliners untuk menguruskan mereka. Menurut frontliner berkenaan, suasana sewaktu pendaftaran menjadi tegang apabila mereka tidak memahami arahan yang diberikan terutamanya mengenai kuarantin selama 14 hari.

Demand hotel lebih mewah tapi menculas pula bila bab bayar

Tidak cukup dengan itu, sesetengah daripada mereka bertindak meninggikan suara dan berdegil enggan mematuhi tempoh kuarantin wajib berkenaan. Masalah kewangan dijadikan sebagai alasan untuk tidak membayar caj hotel sehingga menyebabkan mereka dihantar ke pusat kuarantin lain. Selain itu, terdapat segelintir daripada mereka seolah tidak bersyukur dan ingin berpindah ke hotel yang lebih mewah.

Tetap layan dengan penuh profesional selagi tak bercanggah SOP

Meskipun begitu, pihak berkuasa dan pengurusan hotel tetap melayan kerenah warga ‘kluster kayangan’ ini dengan profesional. Segala permintaan oleh golongan ini akan ditunaikan selagi tidak bercanggah dengan standard of procedure (SOP) yang ditetapkan.

Sumber: FB Harian Metro

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry