Salah Masuk Kereta Disangka Abang E-Hailing, 3 Remaja Melulu Keluar Sebab Malu

TerSalah Masuk Kereta Disangka Abang E-Hailing, 3 Remaja Melulu Keluar Sebab Malu | Tidak dinafikan, kebanyakan kita pasti pernah mengalami situasi di mana tersalah masuk kenderaan. Siapa sangka, pengalaman yang dihadapi itu sebenarnya boleh dijadikan sebagai satu pengajaran dan kenangan buat kita. Begitulah juga dengan kejadian melucukan yang menimpa seorang pemuda dari Indonesia ini.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Baru nak review air, terus cuak ada perempuan masuk kereta..

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Twitter @ambyarisme1, dia dilihat sedang membuat review mengenai sebotol air di dalam sebuah kereta. Namun baru sahaja ingin memperkenalkan minuman tersebut, tiba-tiba satu kejadian lucu telah berlaku apabila keretanya dimasuki sekumpulan remaja tidak dikenalinya.

Confident je ingat abang e-hailing, siap minta hantarkan lagi tu…

Lebih melucukan apabila seorang gadis terus memintanya bawakan mereka ke sebuah lokasi gara-gara menyangka dirinya adalah pemandu e-hailing. Terkejut dengan situasi tersebut, pemuda tersebut lantas memaklumkan bahawa dia bukanlah pemandu servis berkenaan. Melihat reaksi blur dan cuak kesemua mereka saat menyedari kesilapan itu, dia sempat ketewa sebelum ketiga-tiga remaja terbabit bergegas keluar dari keretanya dalam keadaan malu.

Aduyai malu je, ni betul-betul jodoh tersalah alamat..

Dikongsi sejak semalam, klip video berdurasi kurang daripada seminit tersebut telah meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan setakat ini. Meskipun moment melucukan itu berlaku hanya beberapa saat, rata-rata netizen mengakui terhibur dengan situasi tersebut. Tidak terkecuali juga ada antara mereka berkongsi pengalaman kereta dimasuki individu tidak dikenali gara-gara tidak berkunci.

Sumber : Twitter ambyarisme1

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry