Samp̷ah Cɑmpak Keluar Kereta, Tindak̷an Wanita Ini Buat Pem̷andu Tu Terked̷u

Membuang sampah sesuka hati merupakan satu tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat yang tidak beretika.

Lebih-lebih lagi membuang sampah di kawasan awam seperti ketika menunggu lampu isyarat bertukar warna. Ia pastinya satu tindakan biadap dan sudah tentu mencemarkan kebersihan kawasan sekitar.

Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai sitisitieliza apabila memuat naik video menghampiri seorang pemandu kereta yang sesuka hati mencampakkan sampah ke luar tingkap kereta ketika menunggu lampu isyarat.

Kutip balik sampah yang dibuang

Wanita tersebut bertindak mengutip sampah yang dibuang dan memberikan semula kepada pemandu kerana individu tersebut sudah dua kali melakukan hal sama ketika di lampu isyarat berkenaan.

“Jenis bebal! kereta besaq otok kecek! padan muka hang! tu sampah kedua hang buang tau dak? 1st sebelum hang buang tu aku tengok ja. Ingat tak buang dah. Ehhh hang buang 1 lagi rilek ja nohhh. bodo piang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kita perlukan orang macam akak

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ruangan komen TikTok sitisitieliza telah menerima pelbagai komen daripada warganet.

Rata-rata daripada mereka menyokong tindakan pengguna TikTok itu bagi memberi kesedaran kepada pemandu tidak bertanggungjawab tersebut.

Sedih lihat ada pemikiran buang sampah rata2 lagi

Bagus tindakan akak

Video:

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber: TikTok sitisitieliza Via trendingsangat