Sanggup Menipu Family Konon Ada Kelas Online, Lengan Remaja Lumpuh Selepas Main Game Selama 22 Jam

Menipu Family Konon Ada Kelas Online, Lengan Remaja Lumpuh Selepas Main Game Selama 22 Jam | Permainan game online antara hiburan yang popular di kalangan remaja kerana ia boleh dijadikan sebagai cara untuk menghilangkan tekanan atau mengisi masa lapang. Akan tetapi, ia boleh bertukar mudarat jika seseorang itu ketagih dengan permainan video sehingga boleh memudaratkan kesihatan seperti kejadian di China baru-baru ini.

Remaja 15 tahun strok selepas main game selama 22 jam

Memetik laporan Harian Metro, remaja yang dikenali sebagai Xiaobin disahkan mengalami strok setelah bermain game selama 22 jam. Pemuda berkenaan dibawa ke pusat perubatan setelah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ibunya. Apabila terjaga daripada pengsan, remaja berusia 15 tahun itu tidak dapat menggerakkan seluruh lengan dan tangan kirinya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sanggup menipu parents konon ada kelas online

Menerusi laporan media tempatan, Xiaobin dikatakan telah menghabiskan masanya dengan aktiviti itu setelah sekolah ditutup akibat penularan COVID-19. Selain itu, remaja ini didakwa sanggup menipu dengan menggunakan alasan kelas online apabila ditanya oleh ibu bapanya.

Tak pasti boleh pulih sepenuhnya atau tidak

Menurut doktor, Xiaobin kini sedang menjalani rawatan di pusat perubatan berkenaan dan tidak menjamin jika remaja berkenaan akan pulih sepenuhnya. Strok yang dialaminya berpunca daripada tak cukup nutrisi dan rehat sehingga menyebabkan oksigen tidak sampai ke bahagian otak.

Sumber: FB Harian Metro, World of Buzz

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry