Satu keluarga Jalan Kaki Cari Temp4t Perlindungan, G4dis Ini Tumpangkan Mangsa Banjir Buat Ramai Seb4k

Hujan yang tak berhenti pada beberapa hari lepas menyebabkan banjir kilat teruk di Shah Alam.

Banyak rumah yang sudah dinaiki air menyebabkan penduduk setempat terpaksa meredah air banjir dengan berjalan kaki demi menyelamatkan diri.

Ramai golongan yang terkesan dengan fenomena yang berlaku ini termasuklah orang tua dan kanak-kanak.

Kejadian ini amat menyayat hati apabila kita sendiri melihat anak-anak kecil digendong oleh ibu bapa mereka untuk keselamatan mereka sendiri.

Sama sepertio yang dilalui oleh seorang gadis bersama ibunya telah membantu sebuah keluarga yang terlibat dengan bencana banjir di Shah Alam.

Gadis yang bernama Aliah sempat merakam momen di mana dia terlihat seorang bapa menggendong anak lelaki di belakangnya berjalan menuju ke sesuatu tempat. Lelaki tersebut berjalan dengan dua orang lagi ahli keluarganya.

Video KLik Disini

Simpati melihat situasi tersebut, Aliah yang memandu kereta berjenis 4×4 bersama ibunya telah memperlahankan keretanya lalu menawarkan bantuan untuk menumpang mereka sampai ke destinasi yang mereka tuju.

Bapa yang menggendong anak lelakinya tadi berubah air muka apabila ingin ditumpangkan oleh kerana terkejut dan terharu kerana masih ada individu yang baik hati ingin membantu mereka sekeluarga.

Sejurus sahaja mereka menaiki kereta Aliah, ibu Aliah yang prihatin terus menanyakan mereka dari mana. Seorang wanita bersama lelaki tersebut berkata mereka dari Seksyen 19 dan di situ dikatakan banjir teruk.

Video berdurasi 41 saat yang dikongsi oleh Aliah telah meraih simpati ramai netizen di Twitter.

Video tular di laman Twitter:

Lebih-lebih lagi kerana mereka berjalan hanya membawa beg kecil sahaja. Mungkin barang-barang yang penting seperti telefon bimbit dan dompet.

Menerusi bebenang tweet yang dibuat oleh Aliah, dia juga ada menyediakan khidmat menumpangkan keluarga atau kanak-kanak yang ingin ke tempat perlindungan yang lebih selamat di sekitar Shah Alam.

“I am helping families and children who are trying to get to someplace safer or balik rumah AREA SHAH ALAM”

Oleh kerana kereta yang dipandunya berjenis 4×4, dia boleh menumpangkan orang berserta barang-barang keperluan mereka sekali jika ada.

Video KLik Disini

Dia juga turut berkongsi dia telah mendapat banyak panggilan telefon untuk mendapatkan bantuan daripadanya sehingga ada yang menangis teresak-esak namun apakan daya.

Tak semua kawasan mampu dilepasinya kerana sesetengah jalan sudah dihalang daripada kenderaan untuk keluar masuk.

Di ruangan komen, ramai yang memuji sifat baik hati Aliah dan ibunya yang sudi membantu mangsa banjir tersebut walaupun dia tidak kenal keluarga tersebut.

Netizen juga sempat mengucapkan terima kasih atas kebaikan yang ditunjukkan Aliah serta mendoakan agar keluarganya dilindungi dan dipermudahkan segala urusan.

Selain itu, ramai juga yang menitiskan air mata dek kerana simpati melihat keluarga tersebut yang terpaksa berjalan jauh dari Seksyen 4, Shah Alam.

Antara komen-komen membina yang diberikan oleh netizen di Twitter

Kredit: YOY Network

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini