SAY̷U, Suami Aj̷al Ketika Isteri Sedang Dalam Pantang, Ibu Mentua 44 Tahun Bersalin Saing Menantu 24 Tahun

SAYU Suami Aj4l Ketika Isteri Sedang Dalam Pantang, Ibu Mentua 44 Tahun Bersalin Saing Menantu 24 Tahun | Apabila memasuki umur 40 tahun, kebanyakan wanita lebih cenderung ‘menamatkan’ fasa kehamilan di atas beberapa faktor tertentu. Namun jika sudah ditakdirkan, peluang dan rezeki menimang anak yang diberikan Allah pastinya tetap diterima dengan penuh syukur. Begitulah kata-kata yang sesuai menggambarkan berita gembira daripada ibu berusia 44 tahun ini.

Alhamdulillah Allah permudahkan kelahiran anak kami secara normal

Perkara itu dikongsikan kembali oleh wanita dengan akaun @SuriHati di Facebook sehingga meraih perhatian ramai netizen. Bukan sahaja kagum memandangkan dia selamat melahirkan bayi baru di usia 40-an, malah detik itu terasa lebih manis kerana menantu perempuannya juga beranak pada tahun sama. Dengan kelahiran yang hanya berselang beberapa bulan sahaja, siapa menyangka dia berpeluang mendapat anak dan juga cucu sekali gus.

Doakan mak mentua saya sihat sebab dia masih dalam tempoh pantang

Namun begitu, berita berkenaan seakan-akan bersulam kedukaan kerana suami kepada ibu berumur 44 tahun berkenaan dikatakan telah ‘pergi’ buat selama-lamanya. Menurut pemberitahuan menantunya di ruangan komen, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir setelah terlibat dalam sebuah nahas jalan raya. Oleh itu, dia memohon doa semoga ibu mentuanya kuat mengharungi semua dugaan apalagi tragedi itu berlaku dalam tempoh berpantang.

Sumber : Facebook Suri Hati & Aleen Rahman

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

___________________

Baca lagi artikel manfaat dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi