Saya Duduk Sorang 2 Minggu Boleh Je. – Gadis Sound ‘Geng Gelang Pink’ Yang Degil

Saya Duduk Sorang 2 Minggu Boleh Je. – Gadis Sound ‘Geng Gelang Pink’ Yang Degil | Baru-baru ini, viral tentang kedegilan beberapa individu yang memakai ‘gelang pink’ yang gagal menjalani tempoh kuarantin wajib 2 minggu. Malah menerusi satu tinjauan, sebanyak 50% individu yang pulang ke Malaysia gagal mematuhi SOP. Oleh itu, pihak kerajaan telah menarik balik arahan kuarantin di rumah dan pusat pengasingan juga bakal dibuka semula demi keselamatan semua.

Boleh je duduk rumah 2 minggu…sepatutnya tak jadi masalah

Sehubungan itu, seorang gadis bernama Aaina Alisha meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak yang masih berdegil merayau ini. Menurut gadis berkenaan, kuarantin 2 minggu di rumah mudah saja dan tidak sepatutnya menimbulkan sebarang masalah. Jika ingin makan sesuatu, pemakai ‘gelang pink’ boleh minta orang belikan sahaja tanpa perlu keluar rumah seperti yang dilakukan olehnya.

Dah diberi briefing face-to-face, kenapa masih berdegil?

Tambah gadis ini lagi, dia tidak faham mengapa ada pihak yang bagaikan tidak faham arahan sedangkan sudah diberikan penerangan secara face-to-face sebelum menerima keputusan swab test. Dia juga berang apabila ada pihak yang mementingkan diri sehingga tergamak membuka ‘gelang pink‘ itu.

Duduk bilik sendiri, tandas pun tak boleh share

Di ruangan komen pula, Aaina sempat mendedahkan pengalamannya sepanjang menjalani kuarantin. Dia dan rakan lain akan duduk dalam bilik masing-masing secara berseorangan sehinggakan tandas juga tidak boleh dikongsi. Jika perlu kongsi, penjarakan sosial dan pemakaian face mask haruslah dilakukan walaupun tinggal dengan keluarga sendiri.

Sumber: Twitter @aainaalisha, FB Public Health Malaysia

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry