“Saya Tidak Bezakan 0rang-orang Di Set. Saya Layan Mereka Semua Sama.”Perkongsian Nasihat Menarik Dari Faizal Hussein

Bakal muncul menerusi tiga buah filem dan sebuah drama super series, pelakon senior, Faizal Hussien menyatakan rasa syukur kerana sehingga kini, dirinya masih lagi menjadi pilihan para pengarah meski telah mencecah usia separuh abad.

Menurut Faizal, keikhlasan ketika bekerja dan sentiasa menjaga hubungan baik sama karyawan menjadi pendorong buat dirinya untuk kekal relavan sehingga ke hari ini.

“Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin cara kerja saya yang membuatkan saya relevan sampai ke hari ini. Apabila kita bekerja, kita harus melakukannya seikhlas mungkin.

“Bekerja di hadapan layar ni bila kita tak ikhlas, reaksi tersebut akan jelas terpancar di wajah kita. Apabila kita ikhlas, segalanya akan berjalan dengan lancar.

“Malah, perhubungan antara saya dengan pekerja-pekerja filem yang menjayakan sesuatau projek juga baik.

“Saya tiada membezakan orang-orang di set. Saya layan mereka semua sama. Sebagai contoh mungkin hari ini dia membancuh air sahaja, siapa tahu 10 atau 15 tahu lagi dia pula yang jadi pengarah atau produser,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Buh0nan itu ditemui di set lokasi MHthrowback, baru-baru ini.

Ditanya mengenai sikap segelintir pelakon yang sering mengambil mudah mengenai kualiti lakonan mereka, ini reaksi jujur yang diberikan oleh bapa kepada dua cahaya mata itu;

“Perbezaannya pada zaman dahulu, stesen tv tak banyak dan job pun terhad. Jadi, tiap-tiap kerja yang dilakukan oleh pelakon lama ini selalunya seikhlas dan sebagus yang mungkin.

“Apabila zaman dah berubah, stesen tv dah banyak dan job pula berlambak-lambak, jadi tanggapan pelakon tu sendiri membuatkan mereka jadi kurang serius dengan kerja mereka.

“Bila job dah banyak, selepas satu projek ke satu projek, ia membuatkan seseorang itu rasa macam ‘Ah..Aku tak buat pun takpa. Di situlah hilangnya disiplin dan hubungan baik dengan pekerja-pekerja filem yang lain.

“Mungkin dia jadi riak atau sombong pasal dia dah popular pada zaman sekarang. Kalau zaman dulu, bila kita buat satu projek ini kita tak tahu projek akan datang. Mungkin itulah perbezaannya,” jelasnya lagi.

Tiga buah filem lakonannya yang bakal menemui peminat ialah Daddyku G4ngster, Harum Malam dan Remp-it 2.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MH via https://theupdatenews24.com/faizal-kongsi-rahsia/

“Alphard Aku Ju̷aI, Rum̷ah 2 Tingk̷at Aku Juai. Kini Hanya TinggaI Di PPR MiIik Abah”- Luah̷an Adam Hamid

“Wahai sahabat artisku. Bukankah kerajaan dah tolong kita. Tolong tangguhkan bayaran pinjaman perumahan dan kereta…”

Demikian luahan pelakon Adam Hamid Jarnail yang meminta rakan artis supaya tidak keterlaluan dalam meminta bantuan dari kerajaan.

Adam yang pernah berlakon di dalam lebih 30 buah drama, menasihati rakan artis supaya berpada-pada kerana ramai lagi yang perlukan bantuan kerajaan.

Bila dapat payment, lupa diri..

“Bil letrik pun diberi diskaun…Kita nak suruh tolong apa lagi! Suruh bagi duit setiap bulan? Memang tak dapatlah! Kerajaan Ayah pin pun takkan mampu nk bagi begitu”.

“Kita sepatutnya dari dahulu perlu berjimat cermat, simpan duit, sebab kerja kita tak mcm org lain, kerja kita tiada gaji tetap”.

“Tapi kita lupa…asal masuk payment, butik LV yg kita jengah, sewa rumah ribu-ribu, pakai kereta mewah-mewah. Bila berlaku begini, kita nak salahkan kerajaan, tidak adillah wahai sahabat…” tulis Adam.

Merupakan kacukan Melayu-Cina-Pakistan, Adam juga pernah menyertai kebanyakan bidang seni lakon termasuk pernah menjadi pengurus produksi, penulis skrip dan akhirnya menjadi pengarah.

Pada Julai 2018, kisah Adam yang pernah menjadi pengarah beberapa buah drama mendapat simpati ramai selepas bertarung nyawa melawan jangk1tan kvman dalam paru-paru sekitar 2017.

“Alphard aku jual, rumah 2 tingkat aku jual”

Adam telah berkongsi kisah bagaimana nasibnya sebagai anak seni berubah 360 darjah kerana terpaksa menjual segala harta.

“Aku s4kit 3 tahun, tak kerja, tak de pun kerajaan bantu, tapi syukur masih hidup.”

“Alphard aku jual, rumah 2 tingkat aku jual, aku sekarang hanya tinggal di PPR milik Abah”.

“Syukur rumah PPR pun dh beli tanpa hutang tahun 2010 dulu masa rezeki tengah ada, walau tidak lagi mewah aku bahagia tanpa memikirkan hutang.

“Syukur juga ada produk sendiri Afskincare.my Miracle Serum Botox, itulah rezeki buat aku sara Ma, Abah dan bayar anak belajar di IPTs serta buat makan hari-hari walau tak banyak , tapi syukur Alhamdulillah.” akhiri Adam.

Tahun 2017, bermula zaman kej4tuhan Adam..

Terdahulu menerusi perkongsian pada Julai 2018, Adam, 47, mendedahkan dia pernah dimaklumkan peIuang untuk hidup amat tipis ekoran penyak1t tersebut.

” Pada 9 Julai 2017, saya dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana jangk1tan kuman pada paru-paru.

” K0ma selama 5 hari… Dan mengikut kata d0ktor peluang untuk saya hidup hanya 50-50, tetapi Alhamdulillah Allah lebih berkuasa di atas segala-galanya.

” Terima kasih Allah, memberi peluang buat hambamu ini kembali bernafas untuk kali kedua, mensyukuri segala nikmat untuk menjadi insan yang lebih baik dan untuk terus sujud kepada-Mu,” tulis Adam.

Info menarik tentang Adam Hamid Jarnail

Pelakon filem Pont1anak Harum SundaI Malam itu juga berkongsi foto-fotonya sepanjang menerima rawatan ketika itu.

Untuk rekod, Adam yang berasal dari Kelantan itu pernah mengarahkan drama fantasi seperti Duyung Aridinata, Sumpah Bunian dan Julia Juli Bintang Tiga.

Adam memulakan kariernya sebagai pelakon di dalam drama sitkom Sayang Di Sayang, di bawah Serangkai Filem pada usia 18 tahun.

Beliau menjadi penerbit filem ‘Cinta Terakhir’ dan pernah berlakon di dalam lebih 30 buah drama antaranya Kipas Anggun, Anak Teruna, Kalau Itu Takdirnya dan Rahsia Demi Rahsia.

Beliau juga membintangi filem-filem seperti P0ntianak Harum SundaI Malam 1, Aku No 1 dan Bujang Senang.

Beliau sudah mengarahkan lebih daripada 50 buah drama televisyen. Telemovie pertama arahannya ialah Cinta Penyair untuk slot RTM pada tahun 2001.

Sumber: lamanhiburan via transformasi

Kredit: Mediaportal

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini