Sayu Aj̷al Kereta Dipandu Hilang Kawalan, Tak S̷angka Guru Cuma Baru 10 Hari Kahwin

Sayu Aj4l Kereta Dipandu Hilang Kawalan, Tak Sangka Guru Cuma Baru 10 Hari Kahwin | Pagi tadi, sebuah nahas jalan raya telah berlaku melibatkan 4 orang guru yang dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke SK Umas dari Jalan Merotai, Tawau, Sabah. Insiden tersebut berpunca daripada kenderaan yang dinaiki oleh mereka dikatakan telah hilang kawalan sebelum memasuki ke gaung. Malah, kejadian tersebut dilaporkan turut meragut nyawa dua orang guru iaitu Dayana Damsah dan Nurizyani Kafli @ Masri.

Terima makluman menantu sudah tiada…Tapi identiti tak dapat diketahui

Menurut Pujiah Narusin iaitu ibu mentua kepada Allahyarhamah Dayana Damsah, dia menerima makluman tentang tragedi tersebut setelah diberitahu oleh anaknya iaitu Nurhan Ayub. Namun begitu, dia hanya diminta untuk bergerak ke pusat rawatan dengan kadar secepatnya meskipun hanya mengetahui menantunya sudah tiada. Walau bagaimanapun, identiti individu terbabit tidak diketahui selagi pihak keluarga belum hadir untuk membuat pengecaman.

Baru selesai buat majlis kahwin…Buat pun sebelum anak kembali bekerja

Selain itu, wanita berusia 56 tahun ini turut memaklumkan bahawa Nurhan Ayub dan Dayana Damsah baru sahaja selesai melangsungkan majlis perkahwinan pada hari Sabtu yang lalu di Kampung Muhibbah. Di samping itu, kenduri berkenaan dibuat sebelum anak lelakinya berangkat pulang ke Kemaman, Terengganu untuk kembali bertugas.

Suami tiba lewat petang ini…Suasana pilu apabila jasad Dayana tiba

Di samping itu, Nurhan Ayub yang merupakan seorang jurutera akan tiba di Tawau Sabah pada lewat petang ini. Dalam pada itu, ahli keluarga dan rakan-rakan dilihat tidak dapat menahan kesedihan apabila jasad wanita berkenaan tiba di pusat perubatan Tawau, Sabah.

Sumber: Portal Berita Harian

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini