SAYU, Aj4l Dijangkiti COVID-19, Doktor Sempat Tunaikan Solat Subuh Atas Katil

Aj4l Kerana Dijangkiti COVID-19, Doktor Sempat Tunaikan Solat Subuh Atas Katil | Sejak tercetusnya pandemik COVID-19, ramai yang sudah kehilangan nyawa gara-gara penularan tersebut. Hari ini, seorang lagi frontliner dari Indonesia telah menemui ajal selepas dikatakan dijangkiti virus tersebut. Menurut laporan portal viva.co.id, doktor Adnan Ibrahim dikatakan telah menghembuskan nafas terakhir di salah sebuah pusat perubatan yang terletak di Makassar, Indonesia pada jam 5.50 petang semalam.

Allahyarham sangat baik…Minta isteri belikan pakaian untuk patient di sebelah katilnya

Meskipun sedih di atas pemergian tersebut, salah seorang sahabatnya iaitu Wachyudi Muchsin turut berkongsi mengenai keperibadian lelaki itu yang dilihat sangat baik. Pada hari ke-8 di unit kecemasan, Allahyarham yang berada dalam keadaan tenat turut sempat meminta isteri agar membelikan pakaian baru untuk patient yang berada di katil berhampiran dengannya.

Sempat solat Subuh sebelum saluran pernafasan dicabut…Isteri mohon maafkan kekhilafan suami

Menurut sahabatnya, Allahyarham berkesempatan menunaikan solat Subuh dua rakaat di atas katil sebelum saluran pernafasan dicabut oleh pakar perubatan di unit kecemasan. Menerusi laporan vico juga, isteri kepada Allahyarham Adnan Ibrahim turut menyampaikan beberapa pesanan termasuklah meminta seluruh kenalan agar memaafkan segala salah silap yang pernah dilakukan oleh suaminya. Walau bagaimanapun, permintaan tersebut disambut dengan tangisan pilu atas pemergian terbabit.

Sumber: Portal viva.co.id, Instagram makassar_iinfo

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini