Sayu…! Beg Berisi Mainan Dijumpai Berdekatan Dengan Jas4d Budak Y4ng Tertimbus..

Sebuah video daripada Buletin Utama TV3 yang memaparkan misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa banjir telah tular malam tadi di laman sosial. Misi tersebut dipercayai telah dijalankan di kawasan Bentong, Pahang.

Dikatakan sebelum ini, ketika kejadian banjir lumpur menimpa sebuah inap desa di kawasan tersebut, seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dan sepasang suami isteri dilaporkan gagal ditemui.

Namun, setakat ini hanya dua jasad sahaja telah ditemukan iaitu melibatkan seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki. Pihak penyelamat masih lagi giat mencari seorang individu yang dikhuatiri telah dibawa arus kepala air.

Oleh hal yang demikian, menerusi siaran Buletin Utama tersebut, seorang wartawan telah berkesempatan untuk menyertai pasukan misi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian tersebut.

Dia juga ada menunjukkan lokasi dua jasad sebelumnya ditemui iaitu di bawah timbunan kayu kesan akibat banjir tersebut. Dikatakan, dua jasad tersebut telah dihanyutkan sejauh 200m dan 800m dari kawasan inap desa berkenaan.

Video ” rel=”noopener” target=”_blank”>Klik Disini

Beg berisi mainan & anak patung dijumpai…

Ketika proses penggalian sisa kayu di tepi lebuh raya dijalankan, mereka dikejutkan dengan penemuan sebuah beg yang dipercayai milik seorang kanak-kanak. Wartawan itu sendiri ketika membuat liputan berkenaan akui bahawa penemuan tersebut sangat memilukan. Hal ini kerana, isinya penuh dengan mainan dan anak patung. Namun, sehingga kini pemilik beg tersebut masih belum dikenal pasti.

Bukan sahaja wartawan itu, ramai penonton yang telah melihat video tersebut turut berduka mengenangkan detik pemergian kanak-kanak seusia itu.

Media Beg
Sumber: Twitter
Semoga misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa banjir seluruh Semenanjung Malaysia dipermudahkan…

Sumber: Buletin Utama TV3 dan Twitter

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini