Sayu, Hasrat Ingin Jumpa Cikgu & Kawan Tak Tercapai, Murid Darjah 3 Aj4l Hari Pertama Sekolah Dibuka

Hasrat Ingin Jumpa Cikgu & Kawan Tak Tercapai, Murid Darjah 3 Aj4l Hari Pertama Sekolah Dibuka | Setelah hampir 4 bulan sekolah diarahkan tutup gara-gara pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sesi persekolahan di Malaysia telah dijalankan secara berperingkat sejak bulan lepas. Hari ini pula murid Tahun 1 hingga Tahun 4 pastinya teruja dan ceria apabila dapat meneruskan kembali sesi pembelajaran di sekolah masing-masing.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Hasrat bertemu dengan rakan & guru sekolah tak tercapai…terlibat nahas jalan raya

Menerusi portal Sinar Harian, hajat seorang murid perempuan untuk berjumpa kembali rakan-rakan dan guru tak kesampaian apabila kehilangan nyawa dalam sebuah nahas pagi tadi. Nur Aqilah Husna Abdullah difahamkan membonceng motosikal ditunggang bapanya dan mereka sedang dalam perjalanan menuju ke SK Parit Melana, Durian Tunggal dari rumah yang terletak di Sri Pengkalan.

Kereta dari arah bertentangan hilang kawalan…3 kenderaan lain terlibat

Kejadian sekitar jam 7.20 pagi itu berpunca akibat sebuah kereta Proton Wira yang hilang kawalan dan masuk ke arah bertentangan. Sebuah lori cuba untuk mengelak daripada kereta tersebut ketika kejadian, namun telah terkena motosikal yang dinaiki 2 beranak tersebut. Secara keseluruhannya, terdapat 4 kenderaan terlibat dalam insiden terbabit.

Terperosok di bawah lori…bapanya & pemandu Wira menerima rawatan lanjut

Murid darjah 3 itu ditemui di bawah lori terbabit sebelum disahkan kehilangan nyawa. Sementara itu, bapanya yang berusia 33 tahun itu dan pemandu Proton Wira sedang menerima rawatan lanjut.

Sumber: Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap, Portal Sinar Harian

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry