Sayu Lambai Anak Bawa Jumpa Bekas Isteri, Lelaki Sebak Nampak ‘Papa Baru’ [VIDEO]

Sayu Lambai Anak Bawa Jumpa Bekas Isteri, Lelaki Sebak Nampak ‘Papa Baru’ [VIDEO] | Jika sudah tidak sehaluan dalam hidup berumah tangga, maka perpisahan adalah jalan yang terbaik. Tapi kebajikan anak-anak janganlah diabaikan seperti kisah lelaki bernama Muhd Shafiq menerusi perkongsian di aplikasi TikTok sejak akhir-akhir ini.

Bapa tunggal anak dua tak kisah kalau tak laku..

Meskipun rumah tangganya musnah, namun dia amat bersyukur kerana masih berpeluang meluangkan masa dengan 2 permata hati comel yang sangat comel. Malah bapa tunggal ini turut berjanji untuk membesarkan anak-anak sebaik mungkin walaupun cuma seorang diri.

@muhdshafiq792

Reply to @qhaleefirfan percaya pada takdir Allah tu sngat hebat bro. 😊#foryou #foryoupage #fyp

♬ original sound – Shafiq dani – Shafiq dani

Papa bagi ibu kamu bawa kamu berdua keluar & kenal dengan ayah baru..

Menerusi entri video terbaru pula, bapa tunggal berkenaan menghantar dua anaknya untuk berjumpa bekas isteri di sebuah mall. Bagaimanapun terdetik rasa sayu di hati tatkala melambai kedua-dua anaknya. Difahamkan, wanita berkenaan telah meminta izin untuk membawa keluar dua anaknya untuk dikenalkan dengan ‘bapa baru’ mereka. Tidak berniat untuk menghalang, Shafiq sebaliknya menitipkan doa agar bekas isterinya bahagia bersama pilihan baru.

@muhdshafiq792

Papa bagi ibu kamu bawak kamu berdua keluar and kenal dengan bakal ayah baru😊💔 papa doa kan ibu kamu bahagia. #fypage #foryou #foryoupage #fyp

♬ original sound – Nadias♥️ – Nadias♥️

Semoga diberikan jodoh terbaik untuk menjaga awak & anak-anak..

Dikongsi sejak semalam, klip video tersebut berjaya merobek jiwa ramai netizen selain meraih lebih 100 ribu tontonan setakat ini. Rata-rata mereka bersimpati dengan nasib bapa tunggal terbabit. Tidak terkecuali juga yang turut mendoakan agar lelaki ini tabah dalam membesarkan anak-anaknya.

Sumber : TikTok muhdshafiq792

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry