Sayu PakCik Gelandangan Sedih Keluarga Tak Datang Jemput

Sayu PakCik Gelandangan Sedih Keluarga Tak Datang Jemput | Berkat liputan berita berkaitan hidup gelandangan semasa PKP yang dibuat oleh wartawan Buletin TV3 bernama Juliana Sharin, sebuah keluarga seakan-akan mendapat peluang disatukan semula selepas terpisah sejak tahun 1996. Ketika itu, ramai yang menjadi sebak selain menumpang rasa gembira kerana akhirnya pak cik gelandangan tersebut akan bahagia pulang ke pangkuan keluarga.

Menemukan semula adik beradik yang terpisah 20 tahun

Bahkan wartawan wanita itu sendiri menyifatkan moment luar biasa berkenaan sebagai satu hikmah besar daripada Allah. Walaupun wajah Pak Cik Amran Tamby tidak didedahkan secara penuh, namun keluarganya sendiri dapat cam identiti sebenar pemilik nama gelaran ‘Tok Penghulu’ tersebut dengan sekilas pandang.

Harapan untuk bertemu kembali dengan keluarga di Johor tak kesampaian (minit ke 2:21)

Disangka panas sampai ke petang, siapa sangka turun pula hujan di tengah hari. Tatkala ramai beranggapan mereka sudah bersatu kembali, rupanya harapan individu terbabit menjadi lebur kerana pertemuan yang dinantikan selama ini tidak berlaku. Dalam liputan terbaru semalam, wartawan sama sempat bertanyakan mengenai kepiluan itu sehingga menitiskan air mata ramai. Pak Cik Amran mendedahkan sebenarnya dia sudah pun berada di TBS untuk menunggu keluarga datang menjemput. Berkali-kali menanti, namun bayang-bayang insan tersayang tidak muncul tiba sekali gus menghancurkan hatinya.

Lihat Video Disini

 

Sumber: Buletin Facebook & TV Juliana Sharin3

Like Fanpage : Madara Gaming