Sayu Selamat Malam Kawanku, Berkonvoi Iringi J4s4d Rakan Buat Ramai Sebak [VIDEO]

Sayu Selamat Malam Kawanku, Berkonvoi Iringi J4s4d Rakan Buat Ramai Sebak [VIDEO] | Selain ahli keluarga, pemergian kawan yang baik juga adalah detik yang paling sedih dalam hidup seseorang. Begitulah perasaan sebak yang dialami oleh sekumpulan pemuda ini apabila sahabat mereka baru sahaja kembali ke rahmatullah.

Disahkan hidap ketumbuhan otak setelah demam dan badan menjadi lemah

Memetik laporan Berita Harian Online, pemuda bernama Ikmal Faiz Nazarudin telah pergi buat selama-lamanya sekitar semalam akibat ketumbuhan di bahagian otak. Anak kepada Pengarang Bersekutu Edisi Cetak Berita Harian ini juga dikatakan mengalami demam dan berasa lemah badan sebelum disahkan menghidap masalah kesihatan tersebut beberapa minggu lalu.

Gilir-gilir kucup Allahyarham, berkonvoi ke tanah perkuburan

Menerusi Twitter salah seorang rakannya iaitu Hadiff Ridza, dia merakamkan suasana pilu ketika mereka semua bergilir-gilir mengucup Allahyarham buat kali terakhir. Dalam sebuah lagi entri, Faqrul Aqreez berkongsi video memaparkan sekumpulan rakan-rakan mengiringi Allahyarham sehingga ke tanah perkuburan secara berkonvoi untuk pengebumiannya.

Allahyarham seorang yang baik, untung dia dapat kawan macam ni

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen mengucapkan takziah dan berasa sebak atas pemergian pemuda berkenaan. Ada juga yang berkongsi kenangan sewaktu kawan mereka pulang ke rahmatullah pada usia yang masih muda seperti Ikmal Faiz.

Sumber: Twitter @HadiffRidza, @fqrulaqrzz, FB Berita Harian

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry