Sayu, Tergerak Hati Follow Belakang Motor Suami, Tak Sangka Lihat Pemergiannya Pula. Allahu

Tergerak Hati Follow Belakang Motor Suami, Tak Sangka Lihat Pemergiannya Pula. Allahu | Alangkah luluhnya hati seseorang apabila kehilangan insan yang amat kita cintai. Walaupun tak sempat untuk merasai nikmat perkahwinan buat tempoh masa yang lama, namun sesungguhnya perancangan Tuhan adalah lebih baik dan ada hikmah untuk kita semua. Itulah yang berlaku terhadap kisah sepasang suami isteri viral di laman sosial baru-baru ini.

Suami teruja akhirnya dapat motor baru…tapi isteri pula rasa tak sedap hati

Hajat suami Puan Dalila Zolkofli untuk memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi idamannya telah jadi kenyataan. Selain dibeli dengan harga berbaloi, Faizal Gani turut menyatakan ia akan menggantikan kenderaan lamanya untuk memudahkan urusan pergi balik kerja. Walaupun dia sangat teruja untuk ride pertama Jumaat lepas, akan tetapi isterinya pula yang tiba-tiba rasa tak sedap hati dan terdetik untuk merakam Faizal dari belakang.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Trafik jem & ternampak motor diangkat, “Allahu macam motor dia, minta-mintalah orang lain”

Tak lama selepas itu trafik agak perlahan, maka suaminya pergi ke depan terlebih dahulu. Namun tiba-tiba keadaan terus jadi sesak sebelum Puan Dalila ternampak suami dan motosikalnya terbabit sebuah nahas. Dalam keadaan panik dan hiba, wanita itu terus berlari mendapatkan jasad suaminya namun gagal untuk diselamatkan di pusat perubatan.

Tak pernah salahkan keputusan dia beli motor…tu semua asbab pemergian dia saja

Akur bahawa jodoh mereka berdua setakat di situ saja sejak bersama pada 2018, Puan Dalila tak menyalahkan takdir atau Allahyarham suaminya atas keputusan membeli motosikal tersebut. Redha dan berserah kepada perancangan Yang Maha Esa, wanita ini turut berharap orang ramai untuk mendoakan keluarga mereka.

Akur bahawa jodoh mereka berdua setakat di situ saja sejak bersama pada 2018, Puan Dalila tak menyalahkan takdir atau Allahyarham suaminya atas keputusan membeli motosikal tersebut. Redha dan berserah kepada perancangan Yang Maha Esa, wanita ini turut berharap orang ramai untuk mendoakan keluarga mereka.

Sumber: FB Dalila Zolkofli

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry