Sebak..”Pakcik Tak Suka Menyus4hkan Anak,Besok Klau Adk Macam Pakcik Baru Adk Tahu”

Bagaimanapun, apabila usia semakin lanjut apa yang diperlukan oleh warga emas ini, hanyalah perhatian dan sepenuh kasih sayang daripada anak-anak yang sebelum ini telah ditatang bagai minyak yang penuh.

Pengorbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak merupakan pengorbanan terbesar yang dibuat oleh insan mulia ini bagi memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Bahkan, pengorbanan mereka ini mungkin tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.

Luahan bapa undang sebak

Anak pakcik ada dekat Selangor, biarlah jangan ganggu dia. Pakcik tak suka, pakcik hidup orang tua, orang tua dah cakap jangan ganggu anak, esok kalau adik dah macam pakcik 70 lebih tahulah cara hidup macam mana.

Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Abe Joe menerusi satu video di laman TikTok, mengundang sebak apabila warga emas ini menceritakan mengenai anak-anaknya. Difahamkan, warga emas ini pada mulanya meminta RM1 untuk membeli air sebelum bercerita lebih lanjut mengenai kisah hidupnya.

Pakcik bukan muda lagi, Esok kalau adik umur macam pakcik, 70 lebih bukan muda. Biarlah hidup pakcik susah jangan ganggu anak, dia jaga anak dia sudah. Pakcik cakap betul. Kau jaga anak kau sudah. Ayah kau jangan kira dan 70 lebih bila-bila nak mati pun boleh malam ni mati ke. Pakcik cakap betul.

Pada masa yang sama, warga emas ini turut menjelaskan dia lebih memilih untuk hidup susah berbanding menyusahkan anak-anaknya yang lain.

Di hujung video tersebut, warga emas ini tidak dapat lagi menahan sebak dan menitiskan air mata mengenangkan nasibnya yang diuji dengan sedemikian rupa. Video tersebut bagaimanapun meraih ratusan komen yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib yang menimpa warga emas ini dan mendoakan dia supaya terus dimurahkan rezeki.

Video Klik Disini

Sedihnya!

Sumber: Abe Joe via ohbulan / Kalamindah

Dosa terhadap ibu bapa dibalas Allah di dunia… Jangan dicemuh ketika usia tua mereka

BERBAKTI kepada orang tua sudah menjadi satu tuntutan dalam Islam. Ini kerana sebagai menghargai pengorbanan mereka yang tidak putus-putus untuk membesarkan anak-anak dengan sebaik mungkin dan menjadikan kita seorang manusia yang berguna.

Perintah berbakti kepada ibu bapa dirakamkan oleh Allah didalam Surah Al-Isra’ ayat 23 yang maksudnya;

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-dua mereka sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sesekali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dewasa ini kita sering kali dikejutkan dengan berita-berita yang menyayat hati bagaimana seorang anak yang sanggup membunuh ibu bapa dek kerana harta. Ada yang sanggup mendera ibu bapa mereka dan ada juga yang suka memaki hamun orang tuanya.

Menghadiahkan ayat-ayat suci al-Quran kepada ibu bapa dapat membantu mereka mendapat rahmat Allah.

Sabda baginda Rasulullah: Kehinaan, kehinaan, kehinaan. Baginda ditanya: Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga. – [HR Muslim 2551].

Kunci utama bagi seseorang untuk masuk syurga adalah dengan mentaati ibu bapanya dan berbakti kepada mereka selagi mana mereka tidak menyuruh melakukan kemaksiatan dan kemurkaan kepada Allah.

Berbakti kepada kepada ibu bapa boleh dibahagikan kepada dua keadaan:

1. Semasa mereka hidup

Berbakti kepada ibu bapa sewaktu hidup boleh disebut dalam beberapa perkara antaranya ialah:

A. Bercakap dengan nada yang lemah lembut kepada mereka tanpa menggores hati mereka dengan perkataan-perkataan yang kasar. Ini berdasarkan firman Allah seperti yang disebutkan tadi didalam Surah Al-Isra’ ayat 23.

B. Membantu dan meringankan beban mereka dengan memberi wang pembelanjaan sekadar termampu.

C. Sentiasa mengambil tahu keadaan mereka terutama daripada sudut kesihatan.

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana aku dapat ini? Allah berfirman: Dengan istighfar anak kamu kepadamu.
[HR: AHMAD 10610]
D. Sering menelefon mereka jika kita berada jauh daripada ibu bapa agar mereka mengetahui bahawa kita sentiasa mengambil berat terhadapnya.

E. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka agar sentiasa dirahmati dan diredai Allah.

F. Menjaga mereka ketika mereka sakit.

G. Menyantuni mereka ketika usia mereka sudah lanjut.

2. Setelah mereka meninggal dunia

A. Mendoakan mereka supaya mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Sabda Rasulullah: Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya. – [HR Muslim 1631].

Salah satu manfaat yang bakal diterima ibu bapa selepas mereka meninggal dunia ialah doa yang dikirimkan daripada anak yang soleh.

B. Melunaskan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya. Seperti mana dalam sebuah hadis telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa Ramadan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha puasa bagi pihaknya? Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk ditunaikan.” – [HR al-Bukhari (1953].

C. Selesaikan hutang-hutang ibu bapa yang telah pergi kepada sesama manusia setakat yang mampu.

D. Menziarahi sahabat-sahabat kepada ibu bapa. Agama kita amat menganjurkan setiap umatnya untuk menyambung pertalian silaturrahim dengan sesiapa sahaja dan bukan sahaja sesama ahli keluarga sahaja.

E. Tunaikan segala wasiat yang ditinggalkan sebaik mungkin.

F. Bersedekah untuk mereka dengan niat khusus agar sedekah itu sampai ganjarannya kepada arwah ibu bapa.

Ibu bapa kita tidak pernah meminta jasa mereka dibalas. Cukup bagi mereka untuk melihat semua anaknya bahagia dan berjaya didunia dan akhirat.

Ada diantara kita yang menyesal atas perbuatan mereka dahulu yang pernah melukakan hati atau tidak patuh kepada orang tuanya.

Anak-anak perlu dilatih agar menyayangi ibu bapa selain mendoakan kesejahteraan orang tua masing-masing. Gambar hiasan.

Apabila melalui detik kehilangan itu, baharulah hadir perasaan rindu. Sekiranya masa itu dapat diundur, sudah pasti hendak saja anak itu sentiasa berbuat baik serta memohon keampunan kepada ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, janganlah berasa terlalu kecewa kerana peluang itu sebenarnya masih ada walaupun mereka sudah meninggalkan kita.

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana aku dapat ini? Allah berfirman: Dengan istighfar anak kamu kepadamu. – [HR Ahmad 10610].

Dan ingatlah dosa kepada ibu bapa akan dibalas di dunia lagi sebelum akhirat.

Ini berdasarkan hadis nabi SAW: Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendakNya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.” – [HR al-Hakim 7263].

Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa menjadi permata buat ibu dan ayah.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini