Sebak, Pelajar Terkejut Dapat Panggilan Ayah Sudah Ti4d4

Sayu Pelajar Terkejut Dapat Panggilan Ayah Sudah Ti4d4. Baru 10 Minit Masuk Sekolah | Setelah 3 bulan tak beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini bermulalah sesi persekolahan membabitkan pelajar Tingkatan 5 dan 6 di seluruh negara. Namun siapa sangka mood gembira ‘kembali ke sekolah’ seorang pelajar perempuan ini telah bertukar pilu apabila menerima panggilan mengejutkan tentang ayah tercinta.

Baru belajar 10 minit, tahu-tahu abah dah tak ada..

‘Bagai hilang separuh nyawa’, demikianlah gambaran yang paling sesuai terhadap situasi dialami oleh pengguna Twitter bernama Naddy ini saat menerima perkhabaran duka bahawa bapanya telah menghembuskan nafas terakhir. Sewaktu mahu memulakan hari pertama pembelajaran sekitar pagi tadi, dia telah didatangi pengawal keselamatan dan diminta untuk berjumpa dengan ibunya.

Alhamdulillah, muka abah senyum je..

Meskipun bersedih dengan pemergian yang tak disangka-sangka tersebut, namun Naddy tetap reda dengan takdir itu. Dalam pada itu, pelajar berusia 17 tahun ini turut menyifatkan semua urusan ayahnya dilancarkan oleh Allah S.W.T. Malah dia juga menitipkan rasa syukur kerana berpeluang melihat wajah insan yang membesarkannya untuk kali yang terakhir.

Kuatnya awak dik.. Moga urusan abah sentiasa dipermudahkan

Posting menyayat hati berkenaan berjaya meraih lebih 10 ribu retweets selain dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mereka turut bersimpati dengan kehilangan insan tersebut. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan memberi kata-kata semangat agar dia dan ahli keluarga terus kuat menghadapi dugaan ini.

Sumber : Twitter naddyreyh

Jemput Like Fanpage Admin : Madara Gaming

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini