Sebelum Nak Nikah Redha Dulu Status Kewangan Bakal Suami

Sebelum Nak Nikah Redha Dulu Status Kewangan Bakal Suami, Takut Nanti Tak Bahagia | Umum tahu, alam pernikahan bukanlah satu jalan yang mudah. Daripada dua individu yang tidak pernah ada sebarang pertalian, kini bakal tinggal di bawah satu bumbung dan mengharungi setiap liku kehidupan secara bersama-sama. Malangnya, ramai wanita terlepas pandang tentang soal redha dengan tahap kemampuan suami masing-masing seperti yang ditegur oleh wanita ini.

Orang perempuan, esok lusa nak kahwin selidik dulu kewangan bakal suami..

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Ayu Aziz menegaskan bahawa setiap wanita perlu mengambil tahu situasi kewangan bakal suami agar kedua-duanya dapat membuat persedian lebih awal. Jika gaji suami kecil sekalipun, tapi perkara tersebut boleh diatasi bersama jika si isteri sudi ikthiar dan berusaha sama-sama. Malah pintu rezeki juga luas bagi rumah tangga yang sentiasa bersyukur dengan setiap yang dimiliki oleh ahlinya.

Jika kewangan dia tidaklah banyak mana, pastikan kita aware & redha..

Namun jika perangai isteri tak boleh menerima hakikat tersebut, maka Ayu menyarankan wanita sedemikian lebih baik lupakan terus hasrat untuk berkahwin. Sebaik mana pun calon suami tapi apabila tak dapat terima tahap kewangannya, maka ia boleh menimbulkan konflik termasuklah perpisahan. Oleh sebab itu, seorang isteri perlu redha dengan keadaan partner masing-masing demi mencapai kebahagian dalam rumah tangga.

Cinta tu indah, tapi hanya jika tak ikhlas & reda.. cukupkah ia?

Dalam pada itu, Ayu turut menasihati agar suami isteri saling berkerjasama dan bantu-membantu dalam menguruskan hal rumah tangga. Sesungguhnya setiap peranan itu ada cabaran tersendiri dan kekuatan sesebuah hubungan rumah tangga itu bergantung terhadap kerjasama antara suami dan isteri.

Sumber : Twitter ayuaziz

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry