Sehari Hanya Makan Sekali Demi Berkerja, pemuda 0KU cuci tand4s sar4 ibu dan abang s4kit

SAYU Sehari Hanya Makan Sekali Demi Berkerja, pemuda 0KU cuci tand4s sar4 ibu dan abang s4kit | Memperoleh pendapatan sekitar RM600 sebulan, pemuda yang menghidap peny4kit kepal4 bes4r sejak l4hir bekerja sebagai penjaga dan pencuci t4ndas awam secara kontrak di Puchong Perdana sejak empat tahun lalu.

Akibat penyakit tersebut, pemuda berusia 22 tahun itu terpaksa menggun4kan kerusi roda bagi melakukan tugas harian.

Selalunya saya akan keluar dari rumah seawal jam 5 atau 6 pagi dan menolak kerusi roda sejauh empat kilometer ke stesen LRT Bandar Kinrara.

Dalam perjalanan pergi balik, saya akan kutip tin atau besi buruk yang kemudian akan dijual kepada peraih, katanya.

Malah sekiranya terlalu penat bekerja, anak bongsu daripada dua beradik itu akan tidur di dalam bilik stor bersebelahan tandas awam berkenaan.

Helmi berkata, hasil pendapatan sebagai pencuci tandas awam, menjual tin dan besi buruk tidak cukup walaupun menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan.

Lebih berat mata memandang apabila abang sulungnya juga merupakan seorang OKU kategori lembam dan autism.

Dengan wang itu jugalah saya gunakan bagi membeli barangan keperluan asas untuk keluarga. Gaji saya akan serahkan kepada ibu untuk kegunaan keluarga.

Kadangkala saya akan mengikat perut, makan sehari sekali. Kalau ada duit lebih, saya beli nasi bungkus, tetapi kalau poket kosong, hanya meneguk air saja.

Apatah lagi sejak ibu disahkan menghidap pelbagai komplikasi penyakit seperti jantung dan buah pinggang awal tahun ini dan perlu menjalani rawatan ke hospital setiap bulan, saya kena bekerja lebih keras, ujarnya.