Selalu Beli Buah Oren Masam Je,Lelaki Ini Kongsi Tips Pilih Buah Oren Yng Manis

Masyarakat cina akan merayakan sambutan tahun baru tidak lama lagi. Oleh itu, ramai yang sudah mula membuat persiapan untuk menyambutnya bersama seisi keluarga mengikut SOP yang dikeluarkan oleh MKN. Antara persiapan yang selalu dibuat oleh masyarakat cina termasuklah membeli baju, menghias rumah dan membeli barang dapur untuk memasak.

Selain itu, masyarakat cina juga pasti akan berebut-rebut untuk membeli buah oren yang menjadi simbolik bagi sambutan tahun baru tersebut. Tanpa buah oren, pasti sambutan perayaan tersebut akan rasa kosong dan tidak lengkap.

Namun begitu, kita seringkali tersalah beli buah oren yang kurang manis sehingga akhirnya tidak menikmati kesedapan sebenar buah oren tersebut.

Oleh itu, seorang pengguna Tiktok bernama mad_buah telah berkongsi satu video berkenaan tips memilih buah oren yang manis. Ternyata mudah sahaja, mari kita ketahui cara memilih buah oren yang manis.

Menurut Mad, cara untuk tahu buah oren itu manis ataupun tidak adalah dengan hanya melihat satu lobang yang berada di bahagian luar kulit. Sekiranya lobang itu kecil, ia bermaksud bahawa buah oren itu kurang manis, manakala jika lobang itu besar, maka buah oren tersebut manis.

Itu sahaja cara untuk mengetahui sama ada buah oren itu manis ataupun kurang manis. Mudahkan? Selepas ini, jangan lupa tengok lobang itu dulu sebelum membeli buah oren. Barulah dapat menikmati rasa buah oren yang sebenar iaitu masam dan manis.

Video Klik Disini

Sumber: Tiktok Mad_buahMasyarakat cina akan merayakan sambutan tahun baru tidak lama lagi. Oleh itu, ramai yang sudah mula membuat persiapan untuk menyambutnya bersama seisi keluarga mengikut SOP yang dikeluarkan oleh MKN. Antara persiapan yang selalu dibuat oleh masyarakat cina termasuklah membeli baju, menghias rumah dan membeli barang dapur untuk memasak.

Selain itu, masyarakat cina juga pasti akan berebut-rebut untuk membeli buah oren yang menjadi simbolik bagi sambutan tahun baru tersebut. Tanpa buah oren, pasti sambutan perayaan tersebut akan rasa kosong dan tidak lengkap.

Namun begitu, kita seringkali tersalah beli buah oren yang kurang manis sehingga akhirnya tidak menikmati kesedapan sebenar buah oren tersebut.

Oleh itu, seorang pengguna Tiktok bernama mad_buah telah berkongsi satu video berkenaan tips memilih buah oren yang manis. Ternyata mudah sahaja, mari kita ketahui cara memilih buah oren yang manis.

Menurut Mad, cara untuk tahu buah oren itu manis ataupun tidak adalah dengan hanya melihat satu lobang yang berada di bahagian luar kulit. Sekiranya lobang itu kecil, ia bermaksud bahawa buah oren itu kurang manis, manakala jika lobang itu besar, maka buah oren tersebut manis.

Itu sahaja cara untuk mengetahui sama ada buah oren itu manis ataupun kurang manis. Mudahkan? Selepas ini, jangan lupa tengok lobang itu dulu sebelum membeli buah oren. Barulah dapat menikmati rasa buah oren yang sebenar iaitu masam dan manis.
Sumber: Tiktok Mad_buah

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini