Sempat Khatam Al-Quran Sebelum N4has Jalan Raya,Remaja Perempuan Dilap0r M4ut

Seorang remaja perempuan dilaporkan sempat khatam al-Quran sebelum maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza di Jalan Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.

Memetik laporan Utusan, mangsa yang dikenali sebagai Khadijah, 17, itu merupakan anak perempuan kepada mudir sebuah madrasah tahfiz di Padang Serai, Kedah.

Difahamkan, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan itu maut dalam kemalangan kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Insiden itu berlaku apabila kenderaan dari arah Guar Petai, Tasek Gelugor ke arah Sungai Dua, Butterworth tersebut hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas (HKB) di sini bagi urusan bedah siasat manakala empat indvidu lain yang cedera dikejarkan ke hospital sama bagi rawatan lanjut.

Ahli keluarga mangsa yang masih terkejut dengan kejadian itu dikatakan enggan ditemu bual oleh pemberita buat masa ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmah mengesahkan kejadian tersebut.

Jangan asyik berlumba nak khatam al-Quran tapi lupa adabnya… Ketahui 4 kaedah bertadarus di bulan Ramadan
MEMBACA Al-Quran merupakan satu ibadah yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah.

Ini kerana Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk diikuti dan dipatuhi. Tanpa Al-Quran manusia akan hilang pedoman dan akan berlakulah kerosakan yang amat dahsyat di atas muka bumi.

Seperti yang kita maklum Bulan Ramadan merupakan bulan yang diturunkan Al-Quran dan ramai dalam kalangan kita yang akan bertadarus Al-Quran sama ada secara berdepan ataupun pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini mereka lebih memilih untuk bertadarus secara dalam talian.

Kelebihan membaca Al-Quran sangatlah hebat sehinggakan Allah menyebut amalan ini merupakan satu amalan yang tidak akan sama sekali menyebabkan kerugian.

Firman Allah di dalam Surah Fatir ayat 29: Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.

Mengkhatamkan Al-Quran adalah suatu amalan yang sangat baik dan digalakkan tetapi ia bukanlah satu perkara yang wajib kita lakukan.

Kebanyakan masyarakat kita akan berlumba-lumba untuk mengkhatamkan Al-Quran tanpa mereka sedar mereka telah meninggalkan beberapa adab dengan Al-Quran dek kerana ingin segera mengkhatamkan Al-Quran.

Di waktu PKPB ini ramai dalam kalangan kita yang mempunyai waktu luang yang cukup banyak untuk bertadarus Al-Quran sama ada bersama keluarga atau bersama rakan-rakan melalui kaedah aplikasi digital.

Oleh yang demikian kita perlu maklum mengenai kaedah membaca Al-Quran yang telah disebutkan oleh para alim ulamak.

Membaca Al-Quran secara beramai-ramai mempunyai 4 kaedah iaitu:

Membaca Al-Quran mendapat ganjaran besar.

1. Seorang membaca dan yang lain senyap

Kaedah ini dibuat untuk kita mendengar bacaan seseorang yang jauh lebih baik dari kita. Jadi kita hanya mendengar dengan apa yang dibacanya.

Kaedah yang pertama ini berdasarkan hadis nabi: Dari Abdullah Ibn Mas’ud berkata; Baginda Rasulullah pernah bersabda padaku: Bacakanlah Al-Quran untukku. Aku pun berkata: Apakah aku akan membacakan untuk kamu pada hal ia diturunkan kepada kamu?” Baginda bersabda: Sesungguhnya aku suka untuk mendengarnya daripada orang lain.” – [HR bukhari 4661].

2. Seorang membaca kemudian apabila orang kedua membaca dia mengulangi bacaan yang pertama

Kaedah kedua ini berbeza dengan kaedah yang pertama. Ini kerana setiap orang akan mengulangi bacaan orang pertama. Contohnya jika ada lima orang yang sedang bertadarus, orang yang pertama membaca Surah Al-Baqarah ayat 1 sehingga 10 maka apabila sampai kepada orang kedua dia akan mengulangi ayat yang sama begitu juga orang ketiga sehingga habis.

Kaedah ini bertujuan untuk menyemak bacaan setiap orang dengan surah dan ayat yang sama supaya setiap orang membacanya dengan lancar dan mengetahui hukum hakam yang sama.

Ini berdasarkan kaedah bacaan Baginda Rasulullah ketika mana Malaikat Jibril datang untuk menyemak bacaan Baginda seperti yang disebut oleh Imam Ibn Hajar.

Setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadan. Rasulullah memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). [HR muslim 4268]

Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah (Al-Quran), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali.

3. Seseorang membaca kemudian setelah habis orang lain akan menyambung apa yang dia baca

Kaedah ketiga ini begitu masyhur dalam kalangan rakyat Malaysia yang sememangnya bertadarus di masjid-masjid dan surau yang mana seorang membaca Surah Al-Baqarah dari ayat 1 sehingga 10 kemudian orang berikutnya akan menyambung dari ayat 11 sehingga 20 sehinggalah habis.

Kaedah ini berdasarkan hadis nabi: Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca Al-Quran, melainkan mereka akan diliputi ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisiNya. – [HR muslim].

4. Semua membaca serentak dalam satu masa

Kaedah yang terakhir ini adalah dengan semua yang hadir membaca bersama-sama sehinggalah habis. Cuma ulamak berbeza pandangan adakah cara ini dibolehkan atau tidak. Dalam Mazhab Syafie ia dibenarkan.

Oleh yang demikian tidak menjadi masalah memilih mana-mana kaedah untuk kita gunakan. Cuma apabila berbicara mengenai soal khatam Al-Quran pula adalah menjadi kewajipan untuk kita membacanya daripada awal sehingga habis ataupun mendengar bacaan sehingga habis 30 juzuk.

Jika tadarus Al-Quran yang dilakukan sewaktu bulan Ramadan yang mana seorang membaca dan yang lain mendengar lalu mereka melakukannya sehingga khatam maka ia juga termasuk dalam kategori mengkhatamkan Al-Quran dengan syarat di atas tadi sama ada membaca atau mendengar 30 juzuk.

Sabda Rasulullah: Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah (Al-Quran), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali, aku tidak mengatakan ALIF LAAM MIIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu huruf, LAAM satu huruf dan MIIM satu huruf.

Semoga di bulan Ramadan ini ibadah kita sentiasa ditingkatkan dengan mempelajari dan memperbanyakan bacaan Al quran. Jika bukan sekarang lalu bila lagi kita mahu membaca Al-Quran.

Bacalah selagi diberi kesempatan dan waktu kerana masa tidak akan menunggu kita. Jangan sampai waktu orang membacakan Al-Quran untuk jasad kita yang tidak lagi boleh bergerak menjadi awalan dan pengakhiran kita dengan Al Quran.

Sumber: Utusan

Sumber:SiakapKeli

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini