Seorang Ibu ‘Bukan Muslim’ H4diahkan Tanah Bu4t Anak2nya Yang PeIvk Islam Untuk Bina Surau.Mulianya

Perbezaan agama bukan penghaIang buat keluarga ini untuk saling hormat-menghorm4ti, malah mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.

Seorang ibu, Juslian Ungkim menghadiahkan sebidang tanah berdekatan rumahnya di Kampung Gorowot, Kuala Penyu, Sabah kepada dua anak lelakinya yang telah memeIuk Islam.

Tindakan murni itu dibuat supaya anak-anaknya dapat mengusahakan tanah tersebut bagi membangunkan sebuah surau sekali gus penduduk setempat dapat melakukan amal ibadat.

Kisah keluarga berkenaan dikongsi pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Samin Ongki di laman Facebook dengan memuat naik tiga keping gambar.

“Kasih ibu tiada tandingan. Perbezaan agama tidak menghaIang seorang ibu Juslian Ungkim menghadiahkan sebidang tanah dekat rumahnya…
“…untuk dijadikan tapak surau Saad Abi Waqas yang diusahakan dua orang anak lelakinya yang telah memeIuk Islam,” tulisnya.

Tambah Samin, suami Juslian iaitu Chong Kun Wah tidak ‘menent4ng’ hasrat tersebut sebaliknya turut membantu membersihkan dan meratakan tapak surau tersebut.

“Chong Kun Wah ced3ra, pat4h kaki ketika membuat kerja meneb4ng pokok untuk tapak surau ini. Tahniah! Kepada keluarga ini.

Saya dan YADIM bertekad untuk membantu yang termampu agar pembangunan ini dapat direalisasikan,” ujarnya.

Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur selain mendoakan mereka semua diberkati serta dipermudahkan urusan dalam merealisasikan hasrat tersebut.

Sumber : Samin Ongki via kec0h habis.

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.

Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-

﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦١

Mafhumnya :-

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏
﴿ رواه مسلم ﴾

Maksudnya :-

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.

( Hadis Riwayat Muslim )

Hikmah Berwakaf

Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.

Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:

menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t
sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t

mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam.

Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan
Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya.

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini