Seorang Kanak-Kanak Sering Mengadu Sakit Perut,Terpaksa Buat Pembedahan Segera..Ini Puncanya

Viral sebuah kisah mengenai seorang kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam wad kecem4san selepas meng4du s4kit perut dan men4ngis tanpa henti. Difahamkan, kanak-kanak tersebut tertelan paku ketika sedang menikmati hidangan. Susulan daripada itu, anak kecil tersebut perlu menjalani pembed4han kecem4san untuk mengeluarkan paku berkenaan.

Kebiasaannya, bungkusan makanan ‘diikat’ menggunakan getah bagi memastikan hidangan tidak terlerai. Namun sejak belakangan ini, ada segelintir peniaga yang mengunakan paku untuk membungkus makanan dan menjadikannya satu keunikan kepada perniagaan mereka. Hidangan yang digelar ‘Nasi Paku’ ini dikatakan terkenal di Kota Bharu, Kelantan.

Perkara ini mendapat perhatian pihak Kesihatan Awam Malaysia yang memuat naik satu hantaran di Twitter memohon agar trend bungkusan itu dihentikan selepas seorang kanak-kanak didapati tertel4n paku dan terp4ksa dibed4h.

Menurut hantaran tersebut, paku dikategorikan sebagai ‘food hazard’ dan tidak sesuai digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan. Malah, paku juga tidak sepatutnya berada di kawasan tempat makanan seperti meja dapur atau tempat yang mudah dicapai kanak-kanak. Alternatif yang lebih baik adalah dengan menggunakan getah yang ternyata lebih selamat.

Mereka turut memberi am4ran mana-mana peniaga yang masih menggunakan paku untuk membungkus makanan boleh dikenakan tind4kan di bawah Akta Makanan 1983.

Sumber: Twitter Via OHBulan

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini