Seorang lbu Terh4ru,Bila Teng0k Rakan An4knya Sering T0long Angkat Beg An4knya Turvn Tangga

Hubungan persahabatan sememangnya penuh dengan cerita menarik. Lebih-lebih lagi jika lingkungan pertemanan dihadiri dengan orang-orang baik yang sentiasa memberikan bantuan.

Jadi, semangat saling ingin membantu boleh dipupuk sejak kecil lagi apabila sentiasa ringan tulang dalam menghulurkan pertolongan buat rakan-rakan.

Saling membantu waktu susah

Hal ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @wanie811 apabila memuat naik momen mengharukan rakan anaknya yang membantu kanak-kanak tersebut membawa beg menuruni tangga setiap hari.

Setiap hari offer nak tolong

Menurut pengguna TikTok itu, pelajar yang dikenali sebagai Rayyan setiap hari membantu mengangkat beg anaknya kerana beg tersebut beroda dan perlu menuruni tangga.

Disebabkan berat dan anak kepada wanie811 bertubuh agak kecil, Rayyan setia membantu bersama-sama membawa beg tersebut turun walaupun dia sendiri turut memikul beg sekolah.

Kawan sampai besar tau dik

Sehubungan dengan itu, ramai yang memuji tindakan Rayyan kerana sangat baik hati memberikan bantuan kepada rakannya untuk menurunkan beg tersebut.

Mereka juga berasa kagum dengan didikan ibu dan ayah kanak-kanak itut kerana dapat membentuk peribadi yang baik kepada anak sehingga mampu menghulurkan bantuan buat rakan yang dalam kesulitan.

Semoga kedua-duanya berjaya

Hebat didikan ibu bapanya

Dekat tangan masih ada beg tetap tolong kawan

Dah beli beg sandang tapi anak hampir terjatuh kebelakang
Dalam pada masa yang sama, pengguna TikTok berkenaan ada menjelaskan sebelum ini dia telah membelikan beg sandang untuk anaknya, namun anaknya hampir sahaja jatuh kebelakang kerana tidak kuat mengangkat beban buku yang dibawa.

Jadi, dalam ruangan komen juga, ada meluahkan rasa ralat dengan situasi sekarang dimana para pelajar sekolah masih membawa buku yang banyak sehingga boleh menjejaskan kesihatan dan berharap akan ada solusi untuk masalah ini di masa hadapan.

Rayyan yang offer tolong

Tak sampai hati tengok budak2 bawa beban berat

Bahaya juga untuk kesihatan

Video Klik Disini

Sumber: TikTok wanie811

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini