Seorang Lelaki Dengan Tag Pink COVID-19 Kantoi Selamba Makan Luar, Belum Cukup Seorang

Seorang Lelaki Dengan Tag Pink COVID-19 Kantoi Selamba Makan Luar, Belum Cukup Seorang | Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mengikut fasa-fasa tertentu sejak beberapa bulan lalu cukup menjadi mimpi ngeri buat rakyat Malaysia. Bukan sahaja berdepan dengan situasi pembelian panik, malahan kenikmatan untuk bersantai secara outdoor juga terbatas kerana risau kepada wabak yang belum berpenghujung ini. Tatkala keadaan semasa telah beransur pulih, nafas lega rakyat seakan-akan terhenti apabila kita kembali mencatatkan peningkatan individu positif COVID-19 sejak beberapa hari lalu.

Tak jalankan tanggungjawab mengasingkan diri di rumah

Lebih menaikkan kemarahan ramai orang, masih wujud lagi individu yang tidak menjalankan tanggungjawab untuk berkuarantin sendiri di rumah meskipun sudah mendapat saranan daripada pihak perubatan KKM. Pada semalam, media sosial menjadi hangat apabila seorang wanita dikatakan selamba keluar makan di sebuah restoran yang terletak di Perak. Mungkin secara dasarnya simptom yang sedang dialami mereka tidak kelihatan kritikal, namun langkah untuk mengasingkan diri adalah sangat penting pada peringkat awal untuk mengurangkan risiko penyebaran baru.

Semalam Perak, kini lelaki di Segambut selamba keluar dengan tag COVID-19

Belum habis lagi kerisauan di Perak, sekali lagi netizen dikejutkan dengan tindakan selfish daripada seorang lelaki pula dan kali ini di sebuah kedai makan sekitar Bandar Sri Hartamas, Segambut, Kuala Lumpur. Tag COVID-19 berwarna pink yang dipakaikan di pergelangan tangannya masih lagi tercantum rapi, namun dia dilihat selamba duduk di restoran terbabit sambil membelek telefon bimbitnya. Gambar berkenaan telah dikongsikan menerusi Twitter seorang pemuda dan difahamkan, dia sudah pun membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab.

Sumber : Twitter isaacosman.tv

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry