Seorang Lelaki K0ngsi Kisah Di Suruh 0leh Ajk Masjld Supaya Ke S4f Belakang Ketika S0lat Jumaat, Sbb Nk Bagi Kat Vip

Seorang lelaki di laman sosial Facebook mendakwa diminta oleh pihak pentadbiran sebuah masjid untuk beralih saf selepas berada di saf hadapan.

Jelas lelaki yang menggunakan nama Abu Al Zahra itu berkata, pada Jumaat lalu, dia yang datang awal untuk mengerjakan solat Jumaat terus ke saf hadapan kerana saf itu masih kosong kemudian diminta untuk beralih saf kerana didakwa saf hadapan adalah untuk VIP dan ahli jawatan kuasa masjid.

“Kisahnya hari ini. Datang awal. Dan terus ke saf depan paling kiri sekali. Selepas mendirikan tahyitul masjid, datang pihak pentadbir masjid kata saf depan ni semua khas untuk AJK masjid.

Saf depan yang kosong dikhaskan untuk AJK dan golongan VIP.

“Sejadah yang dilabel hanya sejadah Imam dan VVIP sahaja. Dimintanya kita pindah ke saf lain selain saf depan.

“Soalan: Apa hukum melarang jemaah yang telah duduk di saf hadapan untuk diberi kepada pihak lain?” soalnya.

Tulisnya lagi, saf tersebut masih kosong sehingga statusnya ditulis di Facebook, sehingga pukul 1.19 tengah hari saf tersebut masih lagi kosong.

Ahli Jawatan kuasa (AJK) masjid yang didakwa melakukan perkara itu adalah Masjid Al-Mustakim di Ampang.

Rata-rata orang ramai juga turut meninggalkan komen masing-masing dan menyifatkan AJK masjid tersebut tidak perlu memperlakukan hal tersebut.

“Dah ada lagi isu saf depan dan masuk masjid ni khas untuk golongan-golongan yang dipilih. Kenapa VVIP, AJK masjid ni dapat pahala lebih ke?

“Kalau ada jawatan tu datanglah awal, jangan timbulkan masalah macam ni, orang nak solat janganlah ada halangan yang tak sepatutnya,” jelas Mat Roypi.

“Apa masalah AJK masjid ni, apa yang teruk sangat? Cuba jangan ada peraturan mengarut macam ni, dah tu kalau AJK tu tidak datang kosong lah saf tu.

“Di sisi Allah kita semua ni sama, tak kiralah kau ni VIP ke siapa. Tolong la jangan ada ‘double standard’ macam ni lagi,” kata Rosdi Manaf.

Sumber – K! ONLINE

#135 Kelebihan Solat di Saf Pertama
Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya selalu dengar bahawa solat di saf pertama mempunyai kelebihan yang besar. Boleh jelaskan kelebihannya?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Allah SWT menganjurkan umat Islam supaya bersegera dan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan dan memohon keampunan kepada-Nya. Firman Allah SWT:

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

Maksudnya: “Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan.”[1]

Syeikh al-Maraghi berkata bahawa berlumba-lumba dalam (mengejar) kebaikan dan melakukan amalan soleh ialah dengan cara mengisi kesempatan dengan melakukan hal yang baik dan melipatgandakan amalan kebaikan. Ini kerana, orang yang cemerlang dalam perlumbaan itulah yang paling dekat dengan Allah SWT. Maka, dalam apa jua kebajikan sekalipun, segerakanlah diri dalam menyempurnakan amalan tersebut melebihi orang lain.[2]

Firman Allah SWT:

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”[3]

Ibn Kathir menyebut bahawa makna bersegera kepada keampunan Allah SWT itu ialah menggalakkan mereka untuk melakukan perkara kebaikan dan berlumba-lumba untuk melaksanakan ketaatan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.[4]

Berkenaan isu di atas, kami nyatakan seperti berikut:

Solat di saf yang pertama mempunyai begitu banyak kelebihan seperti yang disebutkan oleh banyak riwayat. Berikut kami kongsikan beberapa kelebihan saf yang pertama serta keutamaan solat di dalamnya.

Pertama: Allah dan Para Malaikat Berselawat Kepada Saf Pertama

Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abd al-Rahman bin ‘Auf beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏ إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الصَّفِّ الأَوَّلِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas saf yang pertama.”[5]

Imam al-Munawi apabila mensyarahkan hadis ini beliau berkata: Iaitu Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada ahlinya (mereka yang bersolat di saf yang pertama) iaitu dengan beristighfar kepada mereka.[6]

Kedua: Rasulullah SAW menyebut tentang kelebihannya sehingga jika sekiranya perlu untuk dibuat undian, maka sudah tentu orang ramai akan membuatnya untuk mendapatkan perkara tersebut. Rasulullah SAW bersabda:

‏ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا

Maksudnya: “Sekiranya manusia mengetahui apa (kebaikan) yang terdapat pada azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapati cara untuk mendapatkan ia melainkan dengan mencabut undi, pasti mereka akan mencabut undi.”[7]

Berdasarkan hadis di atas, sekiranya manusia itu benar-benar mempunyai ilmu pengetahuan terhadap besarnya ganjaran dan fadhilat solat di saf yang pertama, sudah pasti mereka akan berebut-rebut mengambil peluang bagi memenuhkan saf pertama. Sehingga jika tiada cara lain, pasti mereka akan menggunakan cara mencabut undi bagi menentukan siapakah yang dapat mengisi saf yang pertama.

Ketiga: Saf Terbaik Bagi Lelaki Adalah Saf Pertama

Hal ini merujuk kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا

Maksudnya: “Sebaik-baik saf orang lelaki adalah saf yang terawal dan seburuk-buruk saf orang lelaki adalah yang paling belakang. Manakala sebaik-baik saf orang perempuan adalah saf yang terakhir manakala seburuk-buruk saf orang perempuan adalah yang paling hadapan.”[8]

Dalam hadis di atas, saf paling baik bagi orang lelaki adalah saf yang pertama. Ini kerana, saf yang pertama menjadikan kita sebagai manusia yang bersegera ke arah kebaikan, hampir kedudukan dengan imam, dapat mendengar dengan baik bacaan imam serta mendapat pengajaran dari bacaan imam, serta lebih sejahtera pemikiran dari melihat orang yang berada di hadapannya.

Yang dimaksudkan dengan seburuk-buruk saf bagi lelaki dan perempuan adalah: Yang paling kurang pahala dan kelebihan serta jauh dari kehendak dan tuntutan syara’. Manakala maksud sebaik-baik saf bagi lelaki dan perempuan pula adalah: Yang paling banyak pahala dan kebaikan serta memenuhi kehendak syarak.

Kami nyatakan di sini, kelebihan saf yang terakhir bagi orang perempuan adalah apabila berlakunya solat berjamaah yang melibatkan orang lelaki dan juga orang perempuan. Namun sekiranya solat berjamaah hanya melibatkan orang perempuan sahaja, maka keadaannya kembali kepada saf terbaik adalah saf pertama manakala saf terburuk adalah saf yang di belakang.

Bagi jemaah perempuan, baiknya saf terakhir dalam solat berjemaah yang melibatkan orang lelaki adalah kerana yang demikian itu menjauhkan jarak mereka dari bercampur dengan orang lelaki, menjauhkan mereka dari memandang ke arah lelaki ajnabi serta mendengar ucapan-ucapan mereka.[9]

Justeru, marilah kita sentiasa melazimi solat di saf yang pertama. Elakkan saf-saf dari dikosongkan atau lambat dipenuhkan. Hal ini kerana begitu besar fadhilat dan ganjaran yang ada padanya sepertimana yang telah dijelaskan.

Wallahu a’lam.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini