Seorang Lelaki Tergamam Penjaga Mall Paksa Scan Suhu Di Tangan, Bagi Dahi Tak Dilayan

Seorang Lelaki Tergamam Penjaga Mall Paksa Scan Suhu Di Tangan, Bagi Dahi Tak Dilayan | Selain hand sanitizer dan topeng penutup muka, alat penembak suhu sudah menjadi keperluan wajib dalam mendepani wabak COVID-19 yang masih belum berkesudahan. Sehingga ke ceruk-ceruk warung kampung sekalipun, setiap pengunjung perlu merekodkan suhu badan mereka terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk. Akan tetapi, sikap penjaga premis yang seperti ‘acuh tidak acuh’ ketika membuat SOP itu dilihat sebagai satu situasi membimbangkan.

Serupa je cek kat tangan atau dahi…Kita cek kat nadi

Melalui perkongsian daripada saudara Ahmad Solahuddin Al-Ayyubi di ruangan Facebook, dia mendedahkan satu perkara mengejutkan ketika dalam perjalanan memasuki sebuah pusat membeli-belah. Tatkala sudah bersedia membuat pemeriksaan suhu menerusi dahi, penjaga pintu berkenaan seolah-olah tidak melayan selain mendesak lelaki ini menghulurkan tangan pula. Pelik dengan tindakan terbabit, dia mempersoalkan kembali namun hanya mendapat jawapan hampa daripada perangai ‘asal boleh’ penjaga mall tadi.

Harapnya takdelah yang buat-buat bijak pasal ni

Merasakan pemikiran sedemikian rupa tidak sepatutnya wujud, dia tampil menegur agar semua pihak mengambil serius penggunaan sebenar alatan tersebut. Selain itu, Ahmad Solahuddin turut menyeru kepada mana-mana pegawai perubatan untuk memberikan klarifikasi agar segala salah faham di kalangan masyarakat dapat diperbetulkan kembali demi kebaikan bersama.

Sumber : Facebook Ahmad Solahuddin Al-Ayyubi

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry