Sepanjang Hayatnya Sering Memberi Rawatan Percvma Kpd Fak1r Misk1n. Pemergi4n Dokt0r Ini Ditangisi Ram4i

Bumi Mesir basah dengan air mata terutama dari golongan fak1r misk1n yang menangisi pemergian doktor yang banyak memberi bakti khidmat secara percuma buat golongan ini.

Doktor yang cukup dikenali sebagai “doktor fak1r misk1n” di kalangan rakyat Mesir men1nggal dunia pada 2020 akibat sak1t tua.

Sepanjang hayatnya doktor fak1r misk1n ini lebih 50 tahun bergelum4ng dalam profesion mulia ini, Dr Muhammad Misyali cukup dikenali ramai.

Kisah Seorang Doktor

Mungkin ramai tidak percaya tetapi dia mencurahkan ilmu dan tenaganya secara percuma untuk membantu golongan sus4h.

Malah siap memberikan mereka duit lagi bagi mereka yang tidak ber kemampuan. Paling tinggi kos rawat4nnya hanya 10 junaih Mesir bagi pesakit yang berkemampuan.

Dr Muhammad Misyali dari Mesir dikenali sebagai doktor fak1r misk1n. Beliau ialah lepasan Fakulti Perubatan tahun 1967 yang mendapat pangkat pertama dengan markah 99.3%.

Sejak 50 tahun, Dr Muhammad Misyali memberi rawat4n percuma kepada pesak1t yang fak1r misk1n di klinik beliau yang terletak di Tanta. Malah, beliau turut memberi wang kepada mereka untuk membeli ubat-ubatan. Bagi pesak1t yang berkemampuan, beliau hanya mengambil bayaran sebanyak £10.00 (10 junaih Mesir) daripada mereka..

Setiap hari, kelihatan puluhan pesak1t berkumpul di klinik beliau yang agak sederhana. Dr Muhammad bekerja merawat ramai pesaki1t selama 10 jam sehari bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 petang..

Doktor fak1r misk1n ini tidak mempunyai kenderaan apatah lagi telefon bimbit. Setiap hari beliau berjalan kaki dari rumah ke klinik walaupun ketika ini usia beliau sudah pun mencecah 80 tahun..

Pernah seorang hartawan dari Negara Teluk menyumbang sebanyak USD20,000.00 kepada Dr Muhammad setelah mendengar kisah beliau. Malah hartawan itu menghadiahkan sebuah kereta dek simpat1 dengan keadaan beliau.

Namun, setahun kemudian, ketika hartawan itu melawat Mesir, beliau mendapat tahu yang Dr Muhammad menyumbangkan kesemua wang tersebut kepada pesak1t-pesaki1t yang fak1r misk1n.

Beliau juga menjual kereta yang dihadiahkan itu untuk membeli peralatan perubatan yang digunakan untuk merawat pesak1t secara percuma..

Dr Muhammad Misyali berkata, “Selepas saya graduasi, saya mendapat tahu yang ayah saya meng0rbankan semua duit kos rawatan beliau supaya saya dapat jadi doktor. Sejak itu, saya berjanji dengan Allah yang saya takkan ambil satu sen pun daripada pesak1t yang fak1r misk1n.”

sumber:majalah-ilmiah

Tujuh amalan yang membuatkan pahala terus mengalir

JIKA pahala itu kita boleh dilihat nilainya seperti mana nilai wang di bank, sudah tentu ramai yang berlumba-lumba untuk membuat amalan yang baik.

Ya, terlalu banyak amalan yang kita boleh lakukan untuk mendapatkan pahala.

Berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah, memberi orang makan dan banyak lagi.

Semuanya boleh jadi ‘pelaburan’ pahala kita untuk saham di akhirat nanti.

Namun, daripada banyak amalan yang boleh dilakukan itu, yang manakah boleh menjadi pengalir pahala kepada kita untuk menuju ke syurga ALLAH?

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya.” (Riwayat Ibn Majah)

Berdasarkan hadis itu, ada tujuh amalan yang mampu memperindah laluan kita ke syurga iaitu:

1. Ilmu yang disebarluaskan

Amat besar rahmatnya bagi orang yang menyampaikan, menyebarkan dan mengajarkan ilmu dunia dan akhirat yang bermanfaat.

2. Anak soleh yang ditinggalkan

Pendidikan anak-anak seharusnya bermula sejak di dalam rahim ibu. Bacaan zikir, al-Quran, kata-kata yang baik dan amal soleh harus dilazimkan oleh ibu bapa sejak awal lagi kerana memiliki anak yang soleh banyak kelebihannya. Antaranya anak-anak itu boleh terus mengalirkan manfaat kepada ibu bapanya, mendoakan kita dan menutup aib kita.

3. Kitab-kitab keagamaan yang diwariskan

Barang siapa yang mewariskan buku-buku yang baik, maka, pahala berterusan akan diterima oleh si pemberi tersebut selagi mana ia ada dan dibaca.

4. Masjid yang dibina

Orang yang membina, mewakafkan dan mendermakan wang bagi pembinaan masjid akan dikurnikan pahala serta kedudukan di syurga.

Ia sebagaimana disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana ALLAH walau sekecil apa pun, maka, ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

5. Rumah yang dibina untuk musafir

Rumah atau wakaf yang dibina untuk para musafir bagi memudahkan mereka datang berehat dan tidur sebentar. Ia bukan untuk tujuan maksiat. Di negara ini, antara contohnya adalah hentian rehat dan rawat (RnR).

6. Sungai yang dialirkan untuk kepentingan ramai

Mereka yang membantu mengalirkan alir bersih kepada manusia dan makhluk-makhluk ALLAH yang lain bakal memperoleh barakah selagi mana air itu diminum dan digunakan.

7. Harta yang disedekahkan

Antara manfaat sedekah adalah memanjangkan umur dan rezeki kita, kehidupan kita diberkati ALLAH SWT, dikurniakan kesenangan dan kelapangan jiwa serta pahala dan kebaikan yang berlipat ganda.

Mungkin ada amalan-amalan tersebut sukar dilakukan tetapi, kita boleh cuba sedaya yang mampu.

Jika tidak mampu dari segi material, barangkali, kita boleh didik anak-anak kita menjadi anak yang soleh agar mereka mengalirkan manfaat dan mendoakan kita tatkala kita sudah tiada lagi di dunia.

(Sumber: Fatin Nor Izzati)

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini