Setahun Isteri Tak Boleh Kenclng, Rasa Bersalah Bila Suami Derma Buah Pinggang

Setelah Tahun Isteri Tak Boleh Kencing, Rasa Bersalah Bila Suami Derma Buah Pinggang | Kemanisan berkahwin memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun dalam tidak sedar, dugaan boleh hadir dalam pelbagai bentuk tanpa mengira masa. Ujian sama turut dihadapi oleh seorang lelaki bernama Mohd Hilmi ini apabila isterinya mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mempunyai masalah untuk kencing selama 3 tahun, suaminya nekad mendermakan buah pinggang sendiri agar kehidupan mereka kembali seperti dahulu.

Suami bagi buah pinggang untuk isteri jarang dengar

Pada 25 Julai lalu, Hilmi pernah menulis mengenai perasaannya dalam membuat keputusan besar tersebut. Bahkan katanya, keputusan itu nekad dibuat selepas mendapat makluman doktor mengenai kondisi sebenar isterinya. Meskipun pengorbanan tersebut kedengaran agak berat, dia menyifatkan semua dilakukan dengan ikhlas demi melihat isteri tersayang sihat semula. Kata doktor juga, situasi di mana suami rela mendermakan buah pinggang sebenarnya jarang berlaku berbanding keadaan sebaliknya.

Saya takkan tinggalkan dia…Sama-sama harungi ujian ini

Sedar bahawa dirinya mendapat perhatian yang meluas bukan sahaja di kalangan netizen malahan pihak media, Mohd Hilmi berharap kisah berkenaan mampu membuka mata semua tentang pengorbanan menolong insan tercinta. Melalui laporan Harian Metro juga, isterinya mengakui pernah merasa bersalah apabila mendapati Mohd Hilmi sudi mendermakan buah pinggang.

Sumber : Facebook Mohd Hilmi Damak Kacak & Portal Harian Metro

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry