“Setiap Hari Dapat Tawaran Kerja”, Kisah Seorang Wanita Jobless Yang Sering ‘Belanja Kucing’ Makan.

Setiap dari rezeki kita, ada hak orang atau makhluk lain. Bak kata Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, “Adalah puncak kepuasan itu bukan puas memiliki tetapi puas memberi.”

Sedar tidak sedar, harta yang kita sedekahkan itulah sebenarnya milik kita apabila di akhirat kelak. RM 1 yang disedekahkan mungkin lebih besar nilainya di akhirat berbanding RM 1000 di dunia.

Seorang pengguna Twitter, Shahiza Achikk berkongsi pengalamannya mendapat rezeki tak dijangka dengan memberi makanan kepada kucing jalanan. Berikut adalah berkongsiannya.

Minta doa si kucing
Setiap kali memberi kucing makan, Sha akan meminta kucing tersebut mendoakannya. Dia turut berkongsi cara yang praktikal dan kemas untuk memastikan makanan kucing tidak lemau berbanding disimpan di dalam bungkusan makanan asal.

Dapat 5 tawaran temuduga dalam 5 hari berturut-turut

Pernah tercicir duit, dapat ganti 2 kali ganda nilai yang hilang

“Kadang-kadang Allah tak bagi waktu kita minta, tapi Dia bagi bila tiba waktu yang sesuai. Allah bagi dalam diam. Jangan berhenti berdoa.

Alhamdulillah atas nikmat yang Allah dah bagi yang kadang-kadang kita tak perasan pun nikmat tu.”

Beberapa pengguna lain turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengannya.

Bagi RM 5, dapat RM 100

Sementara itu, seorang pengguna lain, Aryfhmzn berkongsi pengalamannya yang sering memberi kucing makan walaupun dalam keadaan kesempitan. Satu hari, dia mendapat wang dari orang tak dikenali dalam jumlah yang banyak.

Benarlah, kalau kita bersyukur, Allah akan tambahkan rezeki dan datangkan ia dalam keadaan tak disangka-sangka.

Sumber: Shahiza Achikk, Aryfhmzn

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini