“Setiap Tahun Buat S0lat Hajat”Bos Cina Pentlngkan S0lat Pekerja lslam

Masyarakat Malaysia sememangnya terdiri daripada pelbagai kavm dan agama. Apa yang membuatkan negara masih lagi harmoni adalah sifat saling menghormati dan faham antara satu sama lain.

Jadi, disebabkan hidup dalam lingkungan yang bercampvr, tidak hairan jika kavm Cina, India ataupun sebagainya mampu bertutur dalam bahasa Melayu dalam l0ghat negeri masing-masing.

Paling mencurl tumpuan sudah tentu masyarakat di Pantai Timur dimana kebanyakkan mereka bertutur dalam dialek negeri jika berbahasa Melayu.

Menerusi perkongsian video dari Urus Setia Komunikasi Negeri Kelantan, pengusaha Minyak Masak 303, Gan Leong Piow telah berkongsi kejayaan perniagaannya.

Selain menceritakan berkenaan perniagaan, beliau turut memaklumkan bahawa pekerja yang diambil untuk bekerja dikilangnya wajib orang Melayu beragama Islam dan orang luar tidak dibenarkan, serta harus menunaikan s0lat.

Malah, Gan turut memaklumkan setiap tahun kilangnya akan membuat solat hajat kepada wartawan yang menemubualnya.

“You tak akan percaya ni, setiap tahun buat sembahyang hajat saya punya kilang, Yes! Why not?” Tegasnya.

Tambahnya lagi, walaupun beliau berbangsa Cina, namun agama adalah sangat penting dan pekerjanya juga harus melaksanakan tanggungjawab dalam agama mereka.

“I’m a Chinese but i believe in God (saya berbangsa Cina tetapi saya juga percaya kepada Tuhan), agama itu penting.”
“Saya buat tempat diorang solat untuk lelaki dan perempuan. Sampai masa kena pergi sembahyang.” Jelas beliau.

Menurutnya, sembahyang adalah perkara yang sangat penting dalam setiap agama dan beliau sangat menghormati perkara itu.

“Tak boleh, tak boleh (mengadu). Sembahyang paling must4hak, you kena pergi sembahyang.”
“Saya akan tunggu, itu benda wajib. Kalau kita hidup without God we are nothing (kalau hidup tanpa tuhan kita bukan apa-apa),” Kongsinya.

Mula mengusahakan perniagaan minyak masak sejak tahun 80-an di Kelantan, Gan menjelaskan setiap majikan perlu menghargai dan menghormati pekerja mereka ketika bekerja.

Beliau turut akui menjaga hubungan baik sesama pekerja dan masih mempunyai pekerja yang bersamanya sejak daripada awal perniagaannya dahulu.

Sumber: Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini