SAYU Suami Cikgu Uruskan & Pimpin Bacaan Talqin Di Pusara Isteri, Cinta Hingga Hujung Nyawa,

SAYU Suami Cikgu Uruskan & Pimpin Bacaan Talqin Di Pusara Isteri, Cinta Hingga Hujung Nyawa, | Sekitar 4 Ogos yang lalu, kita semua telah dikejutkan dengan nahas kereta terjunam ke dalam tebing sungai di Tawau, Sabah yang melibatkan 4 guru. Lebih menyayat hati, salah seorang daripada pendidik yang ‘gugur’ akibat insiden tersebut iaitu Dayana Damsah baru 10 hari melangsungkan pernikahannya. Malah pagi kejadian itu, dia sempat meminta izin untuk ke sekolah dan mengirimkan gambar kepada suami yang sedang berkhidmat sebagai jurutera di Kemaman, Terengganu.

Puas dapat bagi penghormatan terakhir kepada isteri…daripada mandikan jasad sampai bacaan talkin

Menerusi perkongsian terbaru di Facebook miliknya, saudara Nurhan Ayub meluahkan rasa syukur kerana dapat menguruskan kesemua proses pemergian isteri. Dari proses mandi, kafan, imam solat serta bacaan talkin, semuanya dibuat sebagai tanda penghormatan terakhir buat isteri tercinta. Selain itu, dia turut menyatakan kesemua dugaan yang dilalui sebagai hikmah bahawa Allah cukup menyayangi setiap hamba-Nya.

Sebelum baca talkin ada tanya ustaz, “Takpa ke saya tak baca doa yang biasa ustaz baca?” Jawapan beliau, “Doa yang ikhlas daripada suami itu lebih baik dan bermakna.” Moga isteri dapat mendengar sendiri daripada suaminya.

Tepat pilihan jadikan dia sebagai isteri…syukur diberi peluang bersamanya, sampai hujung nyawa mencintaiku

Lelaki berusia 27 tahun ini malah turut berkongsi beberapa dialog Dayana yang sangat bahagia apabila mereka sah disatukan sebagai suami isteri. Selain mengirimkan doa kepada cinta sejatinya, Nurhan Ayub turut berterima kasih kepada ahli keluarga Allahyarhamah yang telah berjaya membesarkannya dengan sempurna.

Waktu sesi menyarung cincin, bergetar tangannya. Then tiba-tiba dia tarik juga tangannya. Masa ni pun jantungku berdegup 100 times per second

Sumber: FB Nurhan Ayub

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry