Subhanallah..! Pemin4t Peluk Islam Lep4s Dengar Nyanyian T0kti, Lagu Ini Yang Membvka H4tinya

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin atau lebih mesra disapa Tok Ti merupakan penyanyi nombor satu di Malaysia.

Penyanyi kesayangan ramai ini memiliki suara yang lunak dan merdu. Beliau juga turut mempunyai ramai peminat di Indonesia, Brunei dan Singapura.

Tok Ti tunaikan permintaan peminat

Terbaru, atas permintaan peminat Tok Ti telah menyanyikan lagu Aisyah Istri Rasulullah dan dikongsikan di laman Instagram dan Youtube beliau.

Peminat Tok Ti peluk Islam selepas dengar lagu Aishah

Difahamkan, lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza itu telah menjadi asbab seorang peminat beliau untuk memeluk agama Islam beberapa hari yang lalu.

Perkara tersebut telah dikongsi peminat berkenaan menerusi ruangan komen saluran YouTube Siti Official Video yang dimuat naik 10 April lalu.

Peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza mendengar lagu nyanyian CTDK ini dan kemudian memeluk Islam.

“Saya minat CTDK (Siti) ini. Sejak mendengar lagu ini, saya memeluk Islam. Saya baru saja tiga hari memeluk Islam”.

Adakah lagu itu punca saya memeluk Islam

Dia turut bertanya kepada seorang ustaz, adakah lagu tersebut punca dan asbab untuknya memeluk Islam.

“Saya tanya ustaz adakah lagu ini punca saya memeluk Islam”tulisnya.

“Ustaz berkata, lagu nyanyian CTDK ini adalah ‘asbab’ saya memeluk Islam”.

Allah salurkan hidayah menerusi lagu itu

Selain itu saudara baru tersebut turut berkata, Allah salurkan hidayah menerusi lagu tersebut.

“Allah salurkan hidayah pada saya melalui indah pada maksud lagu ini dengan nyanyian CTDK”.

Moga terus istiqomah

“Semoga saya terus kuat mencintai sosok nama yang dimaksudkan dalam lagu ini. Terima kasih CTDK,” tulisnya lagi.

Komen tersebut telah ditulis empat hari lalu itu menerima 2,000 tanda suka dan 195 komen netizen.

Syukur, gembira dan terharu

Netizen turut mengucapkan syukur dan berharap agar peminat tersebut terus istiqamah setelah bergelar saudara baru.

Difahamkan, lagu asal yang dinyanyikan oleh Tok Ti itu adalah lagu Aisyah nyanyian kumpulan Projector Band.

Turut dinyanyikan semula oleh beberapa orang artis lain

Kemudiannya, lagu tersebut telah diubah semula liriknya menjadi Islamik oleh Ustaz Hasbi Muh Ali pada 2017 menggunakan tajuk Aisyah RA.

Namun begitu, versi Islamik itu mula tular dan dinyanyikan semula oleh beberapa artis di Indonesia dan ditukar kepada tajuk Aisyah Isteri Rasulullah.

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini