Subhanallah, Satu Kerluaga Terdidik Dengan Baik, Taranum 5 Beradik Qariah Muda Dipuji Ramai

1 Kerluaga Terdidik Baik, Taranum 5 Beradik Qariah Muda Dipuji Ramai | Walaupun baru menginjak usia 20 tahun, kejayaannya bergelar johan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 nyata telah menaikkan nama Farhatul Fairuzah sebagai antara qariah muda berbakat tanah air. Selain itu, dia turut mempunyai kebolehan luar biasa apabila mampu menguasai ketujuh-tujuh bacaan taranum sekali gus menjadi inspirasi kepada ramai generasi muda.

Bukan selalu dapat #tarannumChallenge dengan adik-beradik…tak sangka semua hebat belaka

Di samping selalu muncul dalam program TV sejak akhir-akhir ini, gadis yang mesra disapa Farha ini juga ‘tak kedekut’ memanfaatkan platform laman sosial untuk berkongsi ilmu terutamanya yang berkaitan bacaan Al-Quran serta menyelitkan aktiviti hariannya. Terbaru, anak bongsu daripada 5 beradik tersebut telah berkesempatan melakukan cabaran taranum bersama abang dan kakaknya ketika sedang beriadah di sebuah kawasan pantai. Apa yang mengejutkan adalah kesemua mereka mampu melafazkan ayat suci yang terpapar menerusi sebuah aplikasi berikut dengan lancar dan merdu sekali.

Alhamdulillah satu family terdidik dengan baik…sejuk perut ibu yang mengandung

Rakaman berdurasi 3 minit lebih itu bukan sahaja menjadi tular di Instagram dan Twitter, malah turut mendapat pelbagai reaksi yang positif dalam kalangan netizen. Selain ‘mencemburui’ bakat kesemua ahli keluarga qariah tersebut, mereka juga memuji didikan agama yang diterapkan oleh Allahyarham bapa serta ibu mereka.

Sumber: IG farhatulfairuzah

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry