Subhanallah..! Walaupun Terlantar Sakit, Ustaz Ini Gigih Mengajar Al-Quran Walau Hanya Mampu Berbaring

Seorang pemuda kurang upaya fizikal tetap mahu mengajar kanak-kanak mengaji walaupun dalam keadaan terlantar di atas katil kerana minat yang mendalam terhadap al-Quran di Sungai Petani, Kedah.

Mohamad Azfar Mohd Yusuf berusia 31 tahun mengajar 42 orang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 5 hingga 17 tahun mengaji di rumahnya.

Mohamad Azfar bersama pelajarnya

Mohamad Azfar Mohd Yusuf atau lebih dikenali sebagai ustaz mempunyai pengalaman mengajar selama 10 tahun.

Namun, beliau tetap meneruskan pembelajaran dan sentiasa menambahkan ilmu pengetahuannya dengan memanggil guru agama bertandang ke rumahnya bagi memantapkan penguasaannya mengenai al-Quran.

Minat untuk menjadi seorang ustaz telah timbul dalam dirinya sejak kecil. Namun ianya tidak mampu dilaksanakan kerana beliau tidak pandai mengaji ketika itu.

Disebabkan minat yang mendalam, beliau telah belajar daripada beberapa orang guru agama yang dipanggil ke rumah bagi tujuan untuk sesi pembelajaran secara perseorangan.

Mula mengajar pada tahun 2015 dengan hanya 10 orang pelajar. Kini bilangan pelajarnya sudah bertambah.

Beliau berasa sangat gembira kerana dapat menyampaikan ilmu kepada masyarakat sekeliling dan juga dapat mengutip ilmu serta kefahaman mengenai al-Quran.

Bagi meningkatkan prestasi pelajarnya, Mohamad Azfar sering memberikan hadiah buat pelajarnya untuk meningkatkan perhatian pelajarnya memandangkan keadaan dirinya yang tidak mampu untuk bergerak.

Beliau juga turut mendapatkan bantuan daripada pelajar yang lebih dewasa untuk mengawal pelajar yang kecil supaya mereka menumpukan perhatian ketika sesi pembelajaran.

Mohamad Azfar yang merupakan anak bongsu kepada tiga beradik bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka mengaji di samping dapat menambahkan kenalan dan rakan.

Beliau turut mengehadkan sesi belajar yang dibahagikan mengikut jam dan hari tertentu ekoran kerana bilangan pelajar yang semakin bertambah.

Tambahnya, dia menggunakan khidmat panggilan telefon dan WhatsApp untuk membantu memperbetulkan bacaan al-Quran bagi orang dewasa di seluruh negara.

Mohamad Azfar berharap usaha yang dilakukan ini akan menjadi inspirasi untuk orang ramai meningkatkan ilmu serta pengetahuan dalam memantapkan penguasaan al-Quran.

Sumber: Sinar Harian

5 Manfaat Menjadi Guru Mengajar Al-Quran

“Guru mengajar Al-Quran? Wah mulianya kerja awak!”

Kita sering mendengar ayat sedemikian rupa, bukan? Antara sebabnya para nabi dan rasul juga ditugaskan untuk mengajar dan menyebarluaskan ilmu Islam pada zaman dahulu. Hasil daripada ketekunan dan kesabaran mereka menyebabkan sinar Islam masih teguh menyinar sehingga kini. Jadi, apakah keistimewaan menjadi guru Al-Quran selain mendapat letih dan lelah? Point yang kelima sangat penting, pastikan untuk baca sehingga habis! Lima manfaat dan keistimewaan jika anda jadi guru mengaji adalah:

Aliran Pahala Yang Berterusan Hingga Selepas Mati
Selari dengan pesanan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad:

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang mampu memberikan manfaat buat masyarakat.”

Tugasan guru yang sentiasa menyebarkan manfaat bagi menjadi penyuluh hidup buat masyarakat mampu menjadi aset pahala yang berterusan. Malah sehingga kita berada di liang lahad kelak.

Guru Al-Quran Dipandang Tinggi Oleh Masyarakat Langit & Bumi
Berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Rasulullah SAW:

“Akan terputus segala amalan seseorang anak Adam setelah ajal menjemputnya, kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, penyebaran ilmu bermanfaat kepada orang lain dan untaian doa daripada anak-anak soleh.”

Mereka yang mengamalkan dan mengajarkan ilmu Al-Quran yang benar mampu bergelar sebagai pewaris legasi Rasulullah SAW. Usaha dan jerih perih mengajar ilmu Al-Quran akan sentiasa dihitung dan dipandang tinggi oleh masyarakat langit dan bumi.

Guru Al-Quran Mempunyai Peluang Untuk Belajar Sambil Mengajar
Menjadi guru tidak hanya tertumpu kepada pengajaran ilmu kepada para pelajar. Malah melalui perkongsian ilmu pengetahuan antara pelajar dan guru membuka peluang kepada semua pihak untuk belajar daripada satu sama lain. Ini kerana mempelajari dan mengajari ilmu Al-Quran adalah sangat dituntut dalam Islam.

Menjadi Peringatan Bersama Termasuk Buat Diri Sendiri
guru alquran
Bekerja sebagai seorang guru Al-Quran boleh bertindak sebagai peringatan buat diri sendiri untuk sering konsisten dalam mempelajari Al-Quran dan segala ilmu yang terkandung di dalamnya.

Dalam pada masa yang sama tugasan ini mampu meninggikan darjat kedua orang tua mengikut hadith riwayat Abu Dawud:

“Barangsiapa membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran, Allah akan memakaikan mahkota yang menyinar lebih daripada sinaran matahari dunia buat kedua orang tuanya pada hari kiamat.”

Mempelajari Al-Quran Dalam Kumpulan Yang Terbaik
guru alquran
Beana HomeQuran menyediakan peluang dan khidmat untuk mempelajari Al-Quran sekaligus menjadi guru Al-Quran yang mampu menyebarkan manfaat buat masyarakat.

Marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk mengumpul aset buat persediaan di kemudian hari dengan menjadi seseorang yang sering menyebarkan manfaat kepada orang lain. Bagaimana?Dengan cara menjadi guru Al-Quran yang terbaik di antara yang terbaik di Beana HomeQuran. Untuk maklumat lanjut, dipersilakan untuk klik pautan Qutor Beana .

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini