Sudah 23 Tahun Jalani Hidup Di Kapal Persiaran,Seorang Lelaki Tidak Biasa Di Darat

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Mario Salcedo dari Miami, Florida mungkin mengejutkan ramai apabila mengakui telah naik atau ‘tinggal’ selama 23 tahun di atas kapal persiaran.

Menurut laporan Oddity Central, Salcedo sebelumnya menghabiskan masa bekerja di beberapa syarikat kewangan. Namun disebabkan tuntutan pekerjaan yang memerlukannya mengembara ke seluruh dunia, Salcedo hanya mampu melihat orang lain berseronok.

“Ramai orang berkunjung ke pantai untuk bergembira, berbeza dengan saya yang datang dengan memakai sut dan tali leher serta membawa beg bimbit,” kata Salcedo.

Setelah sekian lama keadaan itu berterusan, Salcedo akhirnya meletakkan jawatan pada tahun 1997, ketika dia berusia 47 tahun. Ketika itu, Salcedo merasakan sudah tiba masanya untuk dia pula berseronok.

Sebelum berhenti dari pekerjaannya dalam sektor kewangan, Salcedo menempah enam tiket kapal persiaran dengan waktu berturutan walaupun tidak pernah mempunyai pengalaman berada dia atas kapal.

Salcedo membuat tempahan dari enam syarikat pengendali kapal yang berbeza untuk merasai pengalaman baharu dengan belayar.

“Ia memberikan saya pengalaman bagaimana rasanya belayar. Ia menepati jangkaan saya dan saya mengatakan, inilah perkara yang akan saya buat seumur hidup saya,” ujar Salcedo.

Selama 23 tahun naik kapal persiaran, Salcedo menggelarkan dirinya sebagai lelaki paling bahagia di dunia. Hal ini kerana, dia tidak perlu melakukan pekerjaan-pekerjaan remeh seperti membuang sampah dan mencuci pakaian.
Setelah menghabiskan kebanyakan masanya dia atas kapal persiaran, Salcedo mengaku sudah tidak biasa lagi berada di darat. Lelaki itu bagaimanapun tetap ‘naik’ ke darat apabila perlu, namun sangat jarang.

Lapor Oddity Central, tempoh paling lama Salcedo berada di darat adalah kira-kira dua tahun kerana pandemik COVlD-19.

Namun, mesti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana Salcedo menyara hidupnya di atas kapal mewah. Seperti yang diketahui, kosnya bukan murah tambahan lagi jika berada di atas kapal persiaran secara berterusan selama 23 tahun seperti Saleco.

Difahamkan, walaupun berjaya menyimpan wang yang banyak semasa bekerja di syarikat kewangan, Salcedo masih perlu bekerja untuk menyokong gaya hidup mewahnya yang unik.

Dia dikatakan menambah pendapatan dengan menguruskan portfolio pelaburan untuk pelanggan persendirian. Tetapi Saleco ‘bertuah’ apabila setiap tugasan dapat dilakukan dari kolam sambil menikmati pemandangan yang indah.

Terbaharu, Salcedo dikatakan telah pun menempah dua tiket kapal persiaran untuk belayar sehingga bulan April 2023.

Sumber: Oddity Central

Sumber:SiakapKeli

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini