Sudah Uzur & Semput Tapi Sanggup Cari Rezeki Demi Anak, Kasih Seorang Ayah

PILU Sudah Uzur & Semput Tapi Sanggup Cari Rezeki Demi Anak, Kasih Seorang Ayah | Kasih ayah adalah sepanjang masa dan tidak kurang hebat seperti sayangnya seorang ibu. Kadangkala mereka sanggup bergadai nyawa demi membantu anak-anak yang tersayang. Menerusi Facebook, saudari Nurul Dewan berkongsi kisah sebak mengenai seorang pak cik sedang mencari rezeki di R&R Gurun.

Cari rezeki dalam keadaan uzur & semput, anak akan hantar dan ambil setiap hari

Difahamkan, warga emas yang dikenali sebagai Hamid dikatakan tinggal di Pendang dan setiap hari anak tunggalnya akan menghantar serta mengambilnya di situ. Pak cik ini juga dilihat sedang menjual aksesori kereta yang mempunyai tulisan ayat suci Al-Quran di kawasan berkenaan walaupun dalam keadaan uzur dan semput.

Tetap nak bantu mencari rezeki walaupun sudah dibantah anak

Apabila disoal lebih lanjut, rupa-rupanya anak kepada warga emas berkenaan sedang bekerja di sebuah stesen minyak sekitar Alor Setar. Akibat kasihan melihat anaknya mencari rezeki keseorangan, ayah berusia 72 tahun ini nekad membantu walaupun perlu pulang ke rumah pada waktu malam setiap hari.

Nekad untuk bantu Pak Cik Hamid, harap anak dapat menghubungi

Nurul mengakui tidak dapat menahan sebak dan nekad untuk membantu lelaki tersebut. Walaupun pak cik berkenaan memberikan nombor telefon, Nurul berharap anaknya dapat menghubunginya melalui name card yang diberi kepada Pak Cik Hamid demi membantu.

Sumber: FB Nurul Dewan

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry