Aku D0kt0r, 7 T̷ahun Tak B̷alik Tengok Ibu. Pu̷as Ibu Menah̷an Rindu Sehinggalah Ke ̷̷Akhir Hay̷atnya

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Perkongsian dibawah adalah berkisahkan seorang anak yang bekerja sebagai dktor akhirnya menyesal dan terkilan. Kerjaya lebih diutamakan oleh si anak hinggakan tiada masa untuk pulang ke kampung untuk melawat ibunya. Puas menahan rindu, si ibu berulangkali menelefon si anak yang kebanyakkan masanya berada di hspital.

Ramai peskit yang sedang menanti membuatkan si anak tidak dapat berbual panjang di talian. Hinggalah pada hari itu, baru dia tersedar. Namun ianya sudah terlewat.

Ikuti kisah memiluukan hati ini di bawah.

Mengalir air matanya saban kali teringat pada aruwah si ibu. Perit rasanya di hati. Pedih sekali. Bagai tidak mampu tertahan. Rasa sesal itu tiada gunanya lagi.

Dia memandang jauh ke luar jendela. Melihat burung-burung yang tinggi terbang di langit biru. Hatinya hiba.

Ibu, ibu.. Seronokkan jadi burung. Tengok tu bu. Dia terbang tinggi. Kalau kakak jadi burung, kakak pun boleh terbang bu. Bu, kenapa manusia tak boleh terbang?

Ibu tersenyum sambil mengusap kepala anak sulungnya itu. Kakak, memang kita tak boleh terbang macam burung. Tapi kakak tau tak, Allah jadikan manusia sebagai makhluk yang sangat sempurna. Kerna kita punya akal yang tak ada pada makhluk lain.

Akal itu akan memandu kita dalam membuat keputusan. Sebab Allah kurniakan kita akal fikiranlah kita yang terpilih mentadbir bumi ini. Berat kan tanggungjawab tu.

Kakak kenalah banyak berdoa dan berusaha agar akal yang Allah kurniakan pada kakak tu kakak gunakan sebaiknya di jalan ilahi.

Betul bu, kakak nak belajar rajin-rajin. Kerja bagus. Nanti boleh jaga ibu. Ustazah kata, bila ibu bapa kita dah tua, kita kena jaga mereka. Baru boleh jadi anak yang soleh.

“Kakak, kakak memang anak yang baik.”

Kenangan-kenangan itu benar-benar menghncurkan hatinya. Janji kosong yang tidak pernah ditunaikan.

“Kakak bukan tak nak balik bu. Ibu tolonglah faham. Kakak ni sibuk. Kakak sekarang dah jadi specialist dekat spital tu.

Dulu ibu jugak yang nak sangat akak jadi dktor. Ibu tau jelaa keja dktor macam mana.” Gagang telefon dihempas. Suara tua dengan batuk-batuk kecil itu tidak dapat mencuit hatinya untuk pulang.

Kerja-kerja yang masih bertimbun membuatnya tidak dapat fokus terhadap perkara lain. Keesokan paginya, dia bersiap untuk memulakan W4rd Round. Sebanyak 28 katil pes4kit perlu dilawati. Progress pesaakit perlu dipantau supaya mereka dapat pulang dengan sihat.

Tiba di katil ke 18, kelihatan seorang pak cik terduduk kaku di atas kerusi. Kedua-dua kakinya sudah tiada kerana luuka kencing manis.

Di sisinya, seorang lelaki berusia 30an sedang mengurut tangan kanannya. Dia lantas bertanya pada lelaki tersebut kenapa pak cik itu datang ke hspital.

Sedang lelaki itu menceritakan perihal ayahnya, terdengar suara lelaki tua itu meminta air. Ayah nak air ye? Sekejap ye. Dia bangun lantas mencapai air zam-zam di atas meja lalu disuap pada ayahnya. Kelihatan ayahnya tidak dapat menyedut dengan baik.

Lelaki itu kemudian mengambil sudu lalu digunakan untuk menyuap air ke mulut ayahnya. Air yang tumpah di tepi bibir disapu dengan tangannya.

Dah ayah? Pak cik tua itu mengangguk.

‘Angah, sapukan sikit air tu dekat mata ayah’

Lelaki itu kemudiannya mencapai botol spray dari dalam beg lantas menyembur cecair itu ke mata ayahnya. Dia kemudiannya menyembur air itu ke sebahagian kepala ayahnya.

Tuala di sisi kerusi tempat ayahnya duduk diambil lalu dilap kepala ayahnya dengan penuh rasa kasih sayang.

‘Segar sikit ayah?’. Sekadar anggukan dari wajah tua yang sudah tidak terdaya melakukan apa-apa itu.

Lelaki itu membuatnya tersentak. Jauh di sudut hatinya dia merasa sangat sayu. Hiba. Wajah tua ibunya kelihatan bermain-main di mata.

Di manakah dia di saat ibunya mengharap kehadirannya di sisi. Siapakah yang membantu di saat ibunya terlantar tidak mampu berbuat apa-apa.

Doctor, doc.. When can we discharge this patient? tanya house officer di sisinya. Lamunannya terhenti.

‘Dktor, kalau boleh saya nak bawak ayah balik sebelum raya ni. Sedih saya tengok ayah terlantar dekat sini.

Kalau beraya dekat rumah dapat kami sekeluarga berkumpul bersama, gembira sikit dia nanti dapat tengok anak cucu.

Dalam keadaan macam ni, saya tau tak banyak harapan untuk ayah, jadi biarlah kami berusaha membahagiakan ayah di saat-saat akhirnya. Kami banyak terhutang budi pada ayah.’

Kata-kata lelaki itu umpama panahan yang menyucuk hatinya. Pedih sekali rasanya. Air jernih mengalir di pipnya. Dia mengalihkan wajahnya dari gerombolan manusia di sisinya lantas menyapu pipi.

Dengan muka yang berpura-pura tenang dia membenarkan Pak Cik Razak dibawa pulang oleh anaknya yang soleh itu.

Dia berjalan menuruni tangga untuk ke pejabat pakar yang terletak di Lower Ground. Dia melalui Taman Herba. Angin yang bertiup petang itu membuatnya rasa tenang sekali.

Dia sudah bertekad. Dia harus pulang. Berbakti pada ibunya selagi ibunya masih ada. Dia mahu sujud di kaki ibunya memohon seribu kemaafan.

Mengotakan segala janji-janjinya. Suara ibunya yang rajin memberikan nasihat terngiang-ngiang ditelinga;

‘Kakak, kakak belajar rajin-rajin ye. Ibu selalu doakan akak cemerlang dunia akhirat. Tapi akak ingat tinggi mana pun pencapaian kita, jangan kita smbong meninggi diri, sebab ada yang lebih tinggi dari kita, ada yang lebih hebat dari kita, iaitu al-Khaliq pencipta semesta’.

Gagang telefon diangkat. Nombor segera didail. Lama sekali dia menunggu, tiada berangkat. Kemana ibu ya? Dicuba mendail sekali lagi.

Masih tiada jawapan. Hatinya bergetar. Kunci kereta dicapai. Dia keluar dari pejabatnya.

Lisa, cancelkan semua appointment saya untuk beberapa hari ni. I’ll be away from office. Kereta BMW 10 series itu dipandu pada kelajuan maksima.

Dalam masa 2 jam dia sudah sampai ke Ipoh, tempat tumpah drahnya. Sudah hampir 7 tahun dia tidak pulang. Rasa rindu mencengkam jiwanya. Banyak memori indah dia di tempat ini.

Ketika sampai di laman rumahnya, kelihatan ramai orang kampung berkumpul di situ. Hatinya berkocak. Dalam hati dia berdoa janganlah berlaku apa-apa pada ibunya.

Ketika memanjat anak tangga, kedengaran esak tangis dan surah yassin dibacakan. Dilihatnya sekujur tubuh siap dikafankan terbaring di satu sudut. Kenal benar dia pada wajah tua itu. Itu adalah ibunya.

Saat itu, jantungnya ibarat terhenti. Hatinya berkecamuk. Jiwanya meronta. Ibu, bangunlah. Tataplah wajah anakmu ini. Air mata tidak henti-henti mengalir di pipi.

Dia duduk di sisi jasad ibunya. Wajah tua itu kelihatan tenang sekali. Mungkin baginya penderitaan menanti kepulangan anaknya sudah berakhir.

Wanita sebaya ibunya datang mengusap kepalanya. ‘Sabarlah nak. Biarlah dia pergi dengan tenang. Mak Long banyak kali cuba menalipon kamu tapi tak dapat.

Ibu kamu ada tinggalkan surat pada Mak Long. Katanya simpan dan bagi pada kamu kalau-kalau kamu balik nanti. Nanti Mak Long ambilkan’.

Setelah selesai urusan pengkebumian, dia duduk di tangga, tempat dia dan ibunya selalu berbual-bual saban petang. Surat ibunya dibuka dan dibaca;

Kehadapan anakanda yang paling ibu kasihi, Kakak, mungkin saat ini ibu sudah tiada. Tidak dapat lagi ibu menatap wajah kakak, mengusap kepala kakak.

Sudah lama rasanya kita tidak bersuakan kakak. Hanya Allah saja tahu betapa rindunya ibu pada kakak. Saban hari ibu berdoa pada Allah agar pertemukan kita.

Kakak sajalah yang ibu ada di dunia ni. Kakak sajalah tempat ibu nak menumpang kasih.

Bila ayah dan adik pergi dalam kem4langan lama dulu, ibu selalu bersyukur pada Allah kerana masih tinggalkan kakak pada ibu. Ada juga tempat ibu bermanja.

Maafkanlah ibu andai selalu saja mengganggu kerja kakak dengan panggilan-panggilan ibu.

Ketahuilah saat itu, ibu amat rindu sekali pada kakak. Walau dapat dengar suara kakak pun ibu rasa cukup bahagia.

Kakak, tujuan ibu menitipkan surat ini pada kakak tiada lain hanyalah sebab ibu nak kakak tahu yang ibu teramat bangga dengan kakak. Ibu tahu kakak kerja keras untuk jadi dktor, seperti yang ibu mahukan.

Ibu tak pernah kecil hati pun kakak tak dapat nak balik tengok ibu. Ibu faham kakak sibuk sangat.

Ibu mohon maaf tak dapat lagi nak bersama kakak. Nak doakan untuk kakak. Kakak jagalah diri baik-baik. Ibu ampunkan segala kesalahan kakak.

Wassalam. Dari ibu yang amat menyayangimu.

Air mata tak henti-henti mengalir di pipi. Dia tidak sanggup berhadapan dengan keadaan itu. Perit sekali rasanya.

Dia rasa sangat terkilan. Ketenangan petang itu membuatkan hatinya sayu. Tiada kata yang mampu diungkap.

Hatinya ingin sekali meraung menjerit memanggil ibu. Mendakap ibu dengan erat. Memegang tangan ibu dan tidak lagi dilepaskan. Menjaga ibu dengan penuh kasih sayang. Berbakti pada ibu.

Tapi itu hanya sekadar angan-angan. Dia sendiri sedar perkara itu tidak mungkin berlaku.

Benarlah dia telah termasuk dalam golongan orang-orang yang celaka seperti sabda rasulullah;

‘Celakalah siapa yang mempunya ibu bapa namun tidak menjaga mereka..’

Mungkin perkongsian kisah ini, agak klise. Yang seringkali kita dengar. Anak yang tak kenang jasa ibu bapa.

Pasti membosankan kerana sudah boleh agak apa ending nya. Tapi cubalah membaca sekali lagi. Bacalah dengan penuh penghayatan. Membayangkan keadaan itu terjadi kepada kita sendiri.

Mungkin sekarang kita mampu berkata ‘aku takkan jadi macam watak anak derhaka tu. aku mestilah akan jaga mak aku’.

Namun, hanya Tuhan saja yang tahu apa yang bakal berlaku di depan. Sebab tulah kita kena banyak berdoa supaya jadi anak yang soleh, berjasa kepada kedua orang tua. Takutkan kalau termasuk dalam golongan yang celaka seperti yang disabdakan oleh ar-rasul.

Mari bermuhasabah. Mungkin sekarang kita masih belum diuji, mak ayah kita masih sihat, boleh bejalan, bergerak ke sana ke mari.

Tapi bila mereka sudah tak terdaya kelak, hanya yang mengasihi kedua orang tuanya dengan penuh keikhlasan akan terus di sisi mereka. Yang lain hanya menjenguk sekali dua.

Semoga kita termasuk dalam golongan anak-anak yang soleh.Aminn ya rabbal a’lamin.

Kisah ke 2 lebih menyedihkan dan meresap jiwa pembaca, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum. Sekadar ingin berkongsi rasa apa yang aku pernah alami sebelum ini. Sebelum itu, izinkan aku perkenalkan diriku terlebih dahulu.. Namaku Aqila (bukan nama sebenar).. Aku anak ke2 dari 7 beradik..

Perwatakanku agak pendiam atau lebih tepat pemalu.. Tapi dengan family and adik beradik aku boleh jadi gila-gila jugak orangnya.. hehe biasalah tu kan..

Family aku alhamdulillah bahagia walaupun keluarga aku bukanlah kaya raya.. Tapi kami kaya dengan kasih sayang dari parents dan adik beradik..

Dipendekkan cerita, tahun 2010 aku akhirnya berjaya menghabiskan pegajian aku di peringkat ijazah.. Alhamdulillah aku happy bila tengok parents aku dan adik beradik turut meraikan kejayaanku..

Dalam hati aku sudah berkira-kira untuk cepat-cepat dapat kerja yang aku impikan.. Aku ingin banggakan kedua orang tuaku setelah mereka bersusah payah memberi yang terbaik untuk aku..

Sementara menunggu mendapat panggilan interview yang sudahku pohon, aku mengambil keputusan untuk berkhidmat sebagai guru di tadika swasta buat sementara waktu..

Ibuku happy sebab tempat kerja aku berdekatan dengan rumah.. Aku ulang alik ke tempat kerja menaiki scooter Eg0 seawal jam 6.15 pagi.. Pulang ke rumah selewatnya jam 7.30 petang.. Gigih tak aku??

Hehe.. ini semua gara-gara seorang anak muridku yang berumur 4 tahun yang tidak mahu teacher lain selain aku yang temankannya sehingga parents dia datang menjemputnya..

Bersebelahan tadika adalah taska yang mana tempat students transit sementara menunggu parents datang ambil.. Student yang kecik comel ni tidak mahu ke taska tanpa aku.. Sabar jelah melayan anak-anak yang comel ni kan..

Tiba masa aku dapat gaji yang pertama setelah sebulan bekerja.. Walaupun tak banyak tapi aku bersyukur dengan rezeki Allah bagi.. Gaji pertama aku sebagai guru tadika sebanyak RM450..

Aku sudah berniat dalam hati akan aku berikan sebahagian gajiku kepada ibuku.. Hatiku puas bila melihat senyuman yang terukir dibibir ibu.. Walaupun jumlah yang diberi tidak seberapa tetapi sudah cukup membuat ibu bahagia..

Allahuakbar aku rindu.. Sungguh.. aku benar-benar rindu dengan senyuman dan gelak tawa ibu.. Walaupun gaji aku tidak seberapa tapi aku bahagia kerana berada dekat dengan ibu dah abah..

Hampir setahun selepas tamat pengajian, aku masih belum dapat pekerjaan yang aku impikan… Aku mula merasa sedikit kecewa dengan diriku..

Aku mula menyoal apa kurangnya aku?? Aku cuma mahu mendapat pekerjaan yang lebih baik agar aku dapat tolong abah dan adik-adik. Ternyata rezeki aku belum sampai..

Maafkan aku abah, ibu dan family kerana belum mampu memberi yang terbaik untuk kalian.. Aku sudah cuba bermacam-macam kerja yang penting halal.

Awal tahun 2012, aku akhirnya berhijrah ke Kuala Lumpur. Aku menumpang rumah kakak ipar dan abangku sambil mencari kerja..

Akhirnya aku diterima bekerja sebagai Account Assistant di salah sebuah syarikat swasta.. Ibuku happy, tapi entah kenapa hatiku terasa tidak selesa..

Baru sahaja memulakan pekerjaan yang baru, aku menelefon ibu memberitahu ibuku bahawa nanti gaji aku akan masukkan sebahagian dalam akaun ibu..

Kedengaran suara ibu happy.. Namun, ibu meminta aku untuk menyimpan duit tersebut bagi pihaknya sehingga hari raya nanti.. Aku mengiakan permintaan ibu..

Aku kerap bermesej dengan ibu.. Ibu seringkali bercerita mengenai adik bongsu yang berusia 4 tahun ketika itu.. Ada saja keletah adik yang mencuit hati kami sekeluarga..

Pada 8 Mac 2012, ibu ada menghantar mesej memberitahu dia skit kepala.. Aku lantas menelefon ibu..

Untuk pengetahuan semua, aku sejenis yang susah nak bercakap melalui phone.. Aku akan jadi sebak dan tak boleh nak bercakap lama-lama..

Aku pon tak faham apa masalah aku.. Baru je kejap bercakap dengan ibu, ibu bagitahu dia penat.. Kepala ibu saakit lagi.. dengan berat hati aku mem4tikan panggilan.. Hati aku resah gelisah memikirkan keadaan ibu.. Entah jam berapa aku tertidur..

Kemudian aku terjaga dari lenaku dek kerana bunyi deringan telefon.. Tertera nama adikku di skrin.. Seraya, aku menjawab panggilan tersebut..

Bagai terkena panah tepat ke jantungku.. Aku menangis semahuku tatkala adik memberitahu ibu tidak sedarkan diri dan dibawa ke hspital.. Allahuakbar.. ujian apakah yang sedang Kau berikan ini pada hari lahirku Ya Allah??

Sepanjang malam aku menangis keseorangan sementara menunggu pagi untuk aku bergerak balik ke kampung.

Pagi keesokannya aku segera ke stesen bas.. Saat-saat genting macamni bas pulak lambat.. Dalam hati Allah je tahu.. Perjalanan yang memakan masa 8 jam ke Kota Bharu terasa amat memeritkan..

Dalam masa yang sama aku berbalas mesej dan panggilan telefon untuk megetahui perkembangan ibu.. adik bagitahu ibu kena dipindahkan ke hspital Kota Bharu.. Ibu dah sedar tapi mata ibu belah kiri tak boleh bukak..

Dktor nak scan risau ada pendrahan dalam kepala. Menitik laju airmata dipipi.. Sepanjang perjalanan air mata membasahi pipiku..

Sesudah selamat sampai, aku dijemput dan terus ke hspital.. Hati sudah tidak sabar untuk memeluk ibu.. Mata aku ligat mencari susuk tubuh ibu.. Ya.. dari jauh mata aku dapat menangkap susuk ibu yang sedang terbaring di atas katil..

Ibu senyum melihat ku.. Segera kuciium tangan dan pipi ibu.. Aku pluk semahuku.. Kepala ibu terasa panas.. Luluh hati ini melihat ibu yang terbaring lesu..

Dktor datang bergilir-gilir menanyakan perihal ibu sebelum membuat keputusan untuk melakukan city scan kalau tak silap aku.. Aku lihat ibu resah bila mendengar perlu operates..

Ibu juga sering bertanyakan adik bongsu dan adik ke 6.. Rindu benar dek kerana budak – budak tidak dibenarkan melawat.. Aku berkesempatan temankan ibu untuk pemeriksaan city scan.. Tanganku digenggam ibu sekuatnya.. Ibu meluahkan rasa takut..

Aku hanya mampu berkata kepada ibu bahawa semua akan baik-baik saja.. Tidak lama selepas itu, ibu ditolak keluar dari bilik pemeriksaan.. Ibu mengukir senyuman.. Allahuakbar kuatnya ibu.. Walaupun dalam kes4kitan masih mampu tersenyum..

Ibu ceria sambil bercerita pengalamannya masuk dalam mesin scan.. Alhamdulillah aku sedikit lega melihat keadaan ibu.. Berharap keputusan yang bakal diketahui nanti ada berita gembira hendaknya..

Kami menunggu kedatangan Dktor untuk mengetahui keputusan dengan penuh debar didada.. Ternyata apa yang kami harapkan sedikit sebanyak mampu melegakan hati kami..

Namun ibu menyatakan dia tidak mahu dibdah.. Aku tahu dia risau, takut.. Abah memujuk ibu dengan penuh berhemah..

Sesungguhnya Abah lah yang paling terkesan apabila ibu saakit.. Rasa cinta, kasih dan sayang abah terhadap ibu begitu mendalam.. Abah ingin melihat isterinya yang tercinta sihat seperti sediakala.. Ibu akur akhirnya..

Ibu kena dipindahkan ke HUSM untuk pembdahan kepala secepatnya.. Pada mulanya dktor bagitahu sekadar minor operation sahaja.. Aku berkesempatan untuk menemani ibu dalam ambulance..

Ibu menggenggam erat tanganku sepanjang perjalanan ke HUSM.. Setibanya di hspital, ibu dibawa ke bahagian kecemasan.. Ibu berkali-kali menanyakan adik-adik yang kecil..

Rasa rindu seorang ibu terhadap anak-anaknya yang berhari-hari tidak bersua makin meluap-luap.. Sayu hati melihat ibu sebegitu rupa.. Aku memberi harapan bahawa adik-adik akan datang berjumpa ibu.. Ibu kena kuat semangat..

Sekali lagi kepala ibu perlu di scan untuk melihat tahap pendrahan dalam kepala ibu.. Ternyata keputusan kali ini begitu merentap seluruh hati aku dan keluargaku..

Seakan tidak mahu percaya dengan apa yang baru sahaja keluar dari mulut dktor.. Minor surg3ry sudah tidak boleh dilakukan.. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR..

Pedih dan sedihnya rasa tidak terungkap lebih-lebih lagi melihat abah yang sudah terduduk menangis.. Allah Allah Allah..

Sebelum meneruskan pembdahan, dktor terlebih dahulu menerangkan peratusan kejayaan pembdahan dan kesan dari pembdahan nanti.. Kemungkinan untuk berjaya adalah 70%..

Sekiranya berjaya, ada kemungkinan ingatan ibu akan terjejas.. Sama ada ibu ingat semua atau sebahagian saja.. Masa tu aku rasakan ada sebiji batu besar menghempap kepalaku.. Abah berbelah bahagi untuk meneruskan pembdahan..

Namun, kami anak-anak memberi kekuatan untuk abah bersetuju meneruskan pembdahan ibu.. Kami hanya inginkan ibu sihat seperti dahulu..

Sementara menunggu ibu dibdah, kami tidak putus-putus membaca Al-Quran memohon supaya Allah permudahkan semuanya..

Dalam pada itu juga, Abah menangis hiba.. Risau sekiranya berlaku apa-apa terhadap ibu, anak-anak akan salahkan abah kerana memberi keizinan untuk meneruskan pembdahan.. Allahuakbar..

Tidak pernah aku melihat abah menangis sebegitu.. Mana mungkin kami anak-anak abah dan ibu akan salahkan abah.. Abah dah buat yang terbaik untuk Ibu..

Selepas 8 jam, akhirnya pembdahan selesai.. Aku sempat melihat ibu ditolak masuk ke w4d 1CU.. Dalam keadaan ibu yang separa sedar,ibu sempat panggil abah.. Syukur Ya Allah semua selamat.. Aku dan adik bergilir-gilir menunggu ibu di hspital..

Hari berikutnya setelah pembdahan selesai, nurse dari w4d 1CU datang kepadaku untuk memaklumkan perkembangan ibu.. Berita gembira disampaikan bahawa ibu sudah sedar dan ibu boleh menulis di atas kertas..

Apa yang lebih menggembirakan adalah perkataan pertama yang ditulis ibu adalah ‘suami’.. Sedar-sedar je ibu dah cari suami tercinta.. Hehe.. Aku apalagi, terus call abah.. Abah terus datang hspital bersama adik-adik..

Aku dan adik masuk terlebih dahulu ke dalam w4d 1CU dimana ibu ditempatkan sementara menunggu abah sampai.. Mata aku melihat satu persatu katil yang menempatkan pes4kit..

Akhirnya aku sampai ke katil yang menempatkan ibuku.. Melihat wayar yang penuh berselirat di badan ibu, hati ini terasa sayu..

Allah.. andai aku boleh gantikan tempat ibu, aku sanggup.. Sungguh aku sanggup.. Segera aku menghampiri ibu yang sudah sedar.. dalam hatiku terasa takut jika ibu tidak mengenali diriku.. Perlahan aku bertanya ibu ingat angah tak??

Sambil air mata laju membasahi pipi… Anggukan ibu menandakan dia ingat akan diriku membuatkan air mataku lebih laju gugur membasahi pipi..

Terima kasih Ya Allah.. Ibu ingin bercakap tetapi aku menyuruh ibu berehat… Keadaan ibu semakin pulih.. Ibu menunjukkan perkembangan yang sangat positif..

Disebabkan keadaan ibu semakin baik, aku dengan berat hati mengambil keputusan untuk kembali ke KL untuk kembali bekerja setelah 1 minggu mengambil cuti. Sebelum balik aku berjumpa ibu terlebih dahulu di 1CU..

Aku sanitize tangan terlebih dahulu sebelum memeluk ibu seeratnya.. Aku khabarkan kepada ibu aku terpaksa pulang ke KL.. Ibu menggenggam tanganku seakan tidak mahu melepas kan aku pergi..

Aku pujuk ibu bahawasanya aku akan selalu balik ziarah ibu nanti.. Barulah ibu mahu melepaskan tanganku.. Sungguh aku tidak mahu ibu melihat aku menangis didepannya..

Aku mahu tunjukkan aku kuat.. Tapi aku tewas, air mata sudah tidak boleh diseka.. Aku c1um ibu semahunya sebelum keluar w4d..

Abah ada ingatkan aku sebelum gerak ke stesen bas supaya jumpa ibu lagi sekali.. Tapi aku tak kuat.. Aku takut aku tak kuat untuk tinggalkan ibu lagi… Allahu.. sepanjang perjalanan ke KL, aku menangis sendirian tanpa henti..

Selepas 2 hari kembali bekerja, aku sekali lagi dikejutkan dengan berita yang tidak menyenangkan hati.. Dikhabarkan ibuku kembali tidak sedarkan diri.. Tidak semena-mena aku terjelopok menangis di pejabat..

Abah cakap ibu semakin tenat.. Allahuakbar.. Dalam hati aku berdoa semoga ibu baik baik sahaja.. “Ibu tunggu angah balik jumpa ibu”

Dalam perjalanan pulang ke kampung, dapat berita abah pula dimasukkan ke w4d kecemasan.. Terlalu memikirkan isteri tersayang semestinya.. Aku hanya mampu berserah padaNya.. Jaga mereka untukku Ya Allah..

Setiap kali bunyi deringan telefon, aku begitu takut untuk menjawab panggilan.. sungguh aku takut..

Lebih kurang sejam lagi untuk sampai, telefonku berdering lagi.. Lantas aku menjawab, suara esakan adikku kedengaran didalam talian.. “Ibu dah takde… Ibu dah takde” Allahuakbar Allahuakbar.. Jantungku seakan direntap, disiat, dilapah..

Aku menangis semahunya sambil berpluukan dengan kakakku.. Kami terus pulang ke rumah untuk menyambut jenzah ibu..

Sampai sahaja di rumah, aku mendapatkan abah dan memeluk abah.. Adik-adikku yang masih kecil turut menangis.. Kesian adik tak berkesempatan berjumpa ibu sepanjang ibu s4kit di hspital sehingga lah ibu menghembuskan nafas yang terakhir..

Allahu.. sabar ya sayang.. Sebentar kemudian, van jen4zah sampai di perkarangan rumah.. Aku hanya mampu melihat sekujur tubuh yang sudah kaku dihadapanku.. Aku harapkan ini semua hanyalah mimpi.. Tapi ternyata ini semua betul-betul terjadi..

Maafkan angah andai banyak salah silap angah terhadap ibu.. Sungguh angah rindu ibu.. Terlalu rindu..

Kadang-kadang termakan juga dengan kata-kata orang kampung.. kata mereka, disebabkan aku ada iras ibu, ibu yang akan mnggal dulu..

Bukan sekali kata-kata sedemikian keluar dari mulut mereka.. Bahkan berkali-kali.. Sehinggakan adikku yang berumur 8 tahun turut terpeng4ruh.. Sampai adikku menyalahkan aku di atas pemergian ibu..

Sedih hanya Allah yang tahu.. Tapi aku tahu dia tidak berniat sebegitu.. Dia pun terlalu merindui ibu.. Maafkan angah ye…

Setelah selesai pengebumian arwh ibu, aku kembali bekerja seketika sebelum aku mengambil keputusan untuk berhenti dan menjaga adik-adik tersayang.. Susah sebenarnya untuk aku menerima kenyataan pemergian arwaah ibu dalam hidupku..

Dalam masa kurang 2 minggu je dari ibu saakit akhirnya pergi tinggalkan kami.. Aku tahu Allah lebih sayangkan aruwah ibu.. Panjang sangat dah rasanya.. Nanti ada masa aku sambung lagi.. Al-Fatihah untuk arwh ibu..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini